Pages

Wednesday 27 February 2013

cinta ilmu

Assalamualaikum wbt..

Hari ini saya nak update nota dan catatan yg saya dengar menerusi tv/radio bersama Prof. Dr. Muhaya..
Saya sangat suka cara Prof Muhaya berbicara dan menasihati diri ku ini..Saya percaya ramai yang suka dengan cara prof kan?

Bagi saya, kewujudan prof Muhaya dlm hidup saya ini seperti membawa sinar kebahagiaan yang sangat cerah dlm hidup ini bagi mendekati agama islam dengan lebih baik dan jauh lebih baik. Cara die menasihati dan bercakap mmg tegas dan menarik.
Terima kasih Allah swt kerana telah memberi ruang dan hidayah untuk diri ini mendalami islam.. 


 

Ertinya:
"Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji" (Ali Imran:8)
Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dariNya dan terhindar dari perasaan riak dan takbur...
Disebabkan sekarang ini macam2 masalah yang mula timbul disekeliling kita...masalah dunia, masa kerja, masalah keluarga, masalah cinta, masalah ...masalah...
Menurut prof, apa sahaja masalahnya kita perlu lihat dan perbetulkan diri kita sendiri...macam2 aduan berkaitan masalah dengan suami, masalah ttg anak, namun penyelesaian adalah 'perbaiki diri kita sendiri'..sbb kita tak boleh ubah diri orang lain, tapi kita boleh ubah diri sendiri...jadi....caranya adalah kita perbaikilah diri sendiri...prof selalu ulang,,,orang keladak adlh utk orang keladak, jadi jgn la bising atau sedih jika kita ditemukan Allah dengan orang yang keladak~ nauzubillah.....
"Dunia dalaman menghasilkan dunia luaran"
marilah kita sentiasa perbaiki diri, saya juga masih belajar dan sedang menambah ilmu lagi.
Nota 1:
1. Hentikan menceritakan masalah pada manusia, kerana manusia itu lemah. Sebaliknya bangun malam dan munajat pd Allah swt. Lagi byk minta pada manusia, lagi kurang kebergantungan dan yakin pada Allah. Jom audit!!!
2. Allah beri ujian dan dugaan pada orang terpilih, banyakkan bangun malam dan munajat pada Allah.
3. Berapa ramai manusia sibuk dengan masalah dunia dan karenah orang lain, tapi tak ramai memikirkan masalah mereka bila sakratul-maut dan di padang mahsyar nanti. Wanita sekalian, lihat pakaian kita, jika dalam perjalanan keluar nanti maut ditengah jalan agaknya Allah redha atau Allah murka..
--->jom audit pakaian kita, saya juga byk dosa...tp Alhamdulillah Allah syg kita, sbb tu Allah beri kita peluang utk berubah...
4. Buat hubungan intim dengan Al-Quran, Al-Quran adlh Rahmah. Tengok sahaja ada rahmah. Jika sesibuk mana pun bacalah Al-Quran. Peluk dan cium Al-Quran.
5. Yakin pada Allah, bertakwa pada Allah. Bersangka baik pada Allah swt.
Hiduplah dengan kasih sayang. 
Dunia ini juga diciptakan kerana kasih dan sayangnya Allah kepada kita.
1. Sayang Allah dan Rasul
2. Sayang suami
3. Sayang Ibu Mertua
4. Sayang Ibu kita.
5. Sayang semua.
Siapa yang paling penting?? - Orang yang didepan kita :-)
so, ingat! orang yg penting adlh didepan kita x kire la kecik besar tua muda okey~
::: saya berasa bersyukur kerana Allah telah membuka hati saya untuk lebih mendalami ilmu2 agama, dan saya juga bersyukur krn dengan adanya ceramah2 yang BEST dan hebat dari Prof Muhaya membuka mata hati saya utk lagi seronok mendengar ceramah2 dan nasihat2 para ilmuan dan ulama.....sungguh indah rupanya dunia ini....kadang kala kite lupa dan alpa..kadang2 kita fikir kita ini sudah baik dan perfect..oleh itu marilah sama2 kita mencari redha Allah BUKAN apa yang manusia kata..kerana manusia ini juga diciptakan oleh Allah utk taat padaNya, untuk menyembah kepadanya..
p/s:jika saya salah tolong betulkan, jika saya alpa tlg ingatkan..
semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan makbulkan segala doa kita..aminnnn 
Thank you Allah
 

Tuesday 19 February 2013

bersyukurlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sudah byk kali sebenarnya jari jemari ini ingin menaip disini...namun....percubaan itu akhirnya diakhiri dengan menekan butang 'logout'...

mengapa?? kerna aku takut utk meluahkan segalanya disini, segala perasaan dan keadaan skrg sgt memeningkan kepala aku, serabut otakku...

mcm2 aku fikir...sukar nk diluahkan...walaubagaimanapun aku bersyukur sebab aku masih lagi diberi kesempatan utk bernafaz dlm hidup ini,,,walaupun mcm2 dugaan namun aku ptt bersyukur sbb Allah masih beri aku org tersayang disekelilingku....

aku anggap yg terjadi pd aku ini adlh ujian dan dugaan dr Allah buat diriku....

bersangka baik la pada Allah...mungkin Allah swt beriku berehat sebentar sebelum meneruskan kerja,, 

Aku hanya mampu berdoa yang terbaik utk diriku, suami dan keluarga..

terima kasih suamiku kerana teramat memahami situasi ku ini,,,maafkan ku...

oleh yg demikian, saat ini hanya perkataan syukur berlegar dlm kepalaku....
RESET MINDa kata prof Muhaya..
daku nk jadi orang sentiasa bersyukur walaupun masih dlm ujian dan dugaan....kerana kita perlu lihat orang yang dibawah, org yang lebih susah drpd kita baru kita tahu apa ertinya syukur...dan aku amat suka ayat ini:

bila kita di beri masalah, ujian, dugaan hendaklah kita bersyukur, itu tandanya Allah masih syg pada kita, Ujian tanda Allah dekat dgn kita, tanda kasih dan sayangNya pada kita, maka kita diberi ujian masa didunia lagi agar kita dpt minta keampunan dari Allah....berbeza dengan org yang lalai...mmg dia bersenang2 didunia ini kerana Allah menangguh balasan mereka diakhirat......

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Ilmu utk diri sendiri dan kawan2...

7 Tanda Diterimanya Do'a 
"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"
("Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".) QS. Al Baqoroh 201
.

1. Senantiasa Bersyukur Atas Nikmat dan Kurniai dari Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Istiqomah Dalam menjalanan Ibadah (Wajib maupun Sunnah)
3. Dikurniakan Keluarga Yang Solehah, Sakinah Mawaddah wa Rohmah (Istri yang Solehah, Putra/Putri yang Soleh/Solehah, serta Family Yang Baik)
4. Dikumpulkan Dengan Masyarakat/Lingkungan Yang Soleh
5. Dikurniai Rezeki Yang Halal dan Barokah
6. Senantiasa Gemar/Semangat Mencari Ilmu-Ilmu Agama Untuk meningkatkan Ibadah Kepada Allah.
7. Sabar Dalam Menjalani Kehidupan (Sabar Menjalankan PerintahNya dan Menjauhi LaranganNya, Sabar Dalam Mencari KaruniaNya, Sabar Dalam Menjalani UjianNya, Sabar Dalam Musibah) disertai dengan keikhlasan semata-mata mengharap Redha Allah SWT.


sekian...