Pages

Tuesday 31 December 2013

Hepi New Year 2014..welcome with more happiness!!!!

Assalamualaikum wbt...

Salam tahun baru 2014...saat aku taip ni kedengaran letupan bunga api masih berbaki..
Azam tahun baru ni 2014:

Jadi isteri yg solehah utk suami, jadi anak yang baik utk ibubapa, jadi seorang yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan apa adanya....

Yes, aku tahu aku kadangkala banyak merungut itu dan ini terutamanya berkaitan dengan kerja...

tapi alhamdulillah,,,,lama2 aku makin accept keje aku.....
memang apa yang kita inginkan kat dunia ni x sume yang kita plan or nak kita akan dapat....sebab kita hanya mampu merancang tp Allah yang menentukannya...
so aku sekarang nak accept & try to appreaciate dengan sume yang aku ade...insyaAllah dengan cara macam tu aku lebih bahagia :-)

perkongsian for New Year begins~!
personality:

- dont over do. keep your limits.
- Dont take yourself seriously.No one else does.
- Dont waste your previous energy on gossip
- Dream more while you are awake.
- Envy is a waste of time. You already have ALL you need.
- Forget issues of the past so it wont spoil the present
- No one is in charge of your happiness except you.
- Smile and laugh more
- You dont have to win every argument, agree to disagree.
- what other people think is none of your business!!!

so, pleaseee Be Happy...
doaku agar 2014 ini lebih baik dari thn2 sebelumnya, semoga segala yang dilaksanakan dipermudahkan urusan oleh Allah swt, semoga diluaskan rezeki oleh Allah swt dan diberkati hidup olehNya....

GuDniTE!



Friday 20 December 2013

hatiku dikampungku

hati merayuuuuu

ingin kedamaian....inginkan ketenangan, inginkan kebebasan
aku terbelenggu...dengan dunia aku sendiri
dengan keputusan aku selama ini..
ini jalan yang aku pilih
ini jalan yang aku harus ku lalui
walaupun aku menafikannya...
tp inilah jalan rezeki aku..
adakah aku harus begini hingga saat terakhirku
atau.....
terus hentikan saja.........

>>>>>

"Hai anakku,
janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia sahaja.
kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk dunia sahaja.Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya"

ayat kat atas mmg amat menusuk kalbu aku...sangat aku sokong 100%....sebab skrg hati aku sedang disusahkan dengan masalah dunia yang buat hidup aku jadi tak tenang!aku harus berubahhhh~~~


yes...I must!!!

Thursday 19 December 2013

cerita masuk shift...

Assalamualaikum wbt

da lama x mencoret kan rasa hati tercarik2 katdalam blog ni...huhah...
apa progress kehidupan aku skrg ni..?

adakah semakin baik atau semakin buruk??

honestly setiap kali bangun tidur aku baca doa bangun tidur & berdoa agar dipermudahkan setiap urusan hari nidan hari2 berikutnya...itulah doa aku sebelum kaki aku turun dari katil...
kalo tanya hati dan perasaan tu entah laa,,,,x tahu nak gambarkan.....aku sendiri x dapat explain..

by the way...
aku nak cite sikit ttg apa yg happen today...eceh mcm gempaq aje...
x ade laahh...cume tadi TL aku datang kat aku....n die ckp aku kena start shift starting January 2014..
waaa...aku tak tahu la ini berita baik atau tidak utk aku.....macam mendebarkan aje...
sebab aku masih x berapa ngan dengan senior2 aku..

what should i do???

i also dunno what should to do..?hahhaa...
yang baiknya:
**duit elaun makin bertambah
**keja 7jam aje satu hari

yangg buruknya
**rehat 45minit jek
**kena keja ikut shift...not office hour anymore
**kne adapt environment baru..
**cuti mmg x 2 hari berturut2..keje 3 hari coti 1hari...haha..
 kadang2 bile aku fikir balik aku ni keje bank ke keje mak guard?entah laaa...

aku berdebar menunggu keputusan interview aku sabtu ni as administrative executive...
aku x mahu cerita lagi ttg ni sbb aku pun x fikir lagi tentang hidup aku untuk 2014..

2013 yg sangat mencabar dan menyedihkan bagi aku...
macam2 dugaan silih berganti..
aku berdoa tiap2 hari agar aku tahun 2014 yang akan menjelma beberapa hari lagi ni akan lebih baik dan diberkati oleh Allah swt..aminn..
semoga perjalanan hidup kita semua lebih disinari dengan cahaya yang lebih baik..

esok hari jumaat...keje til 4pm only....tapi ade year end party plak...sooo kene laaa lepak kat opis tu..memang serabutt laa otak aku...hahaa.

lepak sogo pun best jugak....

sebelum aku terus merepek baik aku tidoooo dulu...

gudnite ladies.....

 

Thursday 21 November 2013

tentang rasa

aku rasa aku x kuat langsungggg daa...
bukan x kuat lgi da.....da tahap langsung x tahannn...

memang aku sedih betull dengan kelakuan TL aku....mmg sedihh weiiii.

mmg x pernah aku balik keje pegi keje nangiss...

td dekat opis sambil sembang ngan kawan aku pun aku nangis...mmg diorang pun perasan TL aku tu bising2 n marah aku....sume org kesian n suh aku tabah...
tapi aku x tabah lagiii....

sebab aku rase die poyo....die marah aku hanya sebab die x rase bende tu perfect....how i can be perfect?i am stilll new,,,hello i just answer a call not more than 2 months okey....waaa....mmg sakit hati lah weiii...

mmg aku sedih n terasa hati dengan sikap die...

rase terhina sangat

tp kalo aku cerite kat orang pasti org kate aku ni "macam2 lah" sbb byk sangat la alasan dan peel nyerr......

dalam post aku sebelum ni aku cakap aku nak bertahan lagi 3- 4 bulan aje kan....uwaaa...mintak maaf lah byk2...sebab aku mmg x dapat bertahan dengan lame lgi....maaf~!!

maaf kan aku...

so sekarang aku da x kisah lagi,,,,aku nak cari kerja kat perakkk~!! sebab aku da begitu stresss kerja kat KL.....dengan org sume x faham aku....salah aku kah sume ni???

wallahualam.....hanya Allah yg tahu apa sume ujian ni.....


Saturday 16 November 2013

luahan aku~

dua tiga hari ni aku asyik update blog aku aje kan...

y?

sebab sejak berminggu-minggu lepas hati aku x keruan....hati aku sayu...
kalo aku nak kate kan kat sini...ia adlh disebabkan hati aku terkurung dengan stress aku sendiri..
aku x tahu nak ngadu pada siapa?
ya betul...hanya Allah tempat kite mengadu dan berserah diri...

tp sejujurnya skrg ni hati aku sesak sgt......sbb aku x dpt nk luahkan perasaan aku pada sapa2..

aku stress kerja,
aku stress ttg kesihatan,
aku stress ttg diri aku yg masih x preggy...


mmg jujur aku happy bile bace status rakan2 yang preggy...anak 1st anak kedua.....tp jujur air mata aku menitis kenang diri aku...
dugaan dan ujian ini terlalu berat untuk aku...

adakah salah aku?adalah aku seorang yang x bersyukur?atau Allah sayang kan aku hingga berikan aku ujian sebegini untuk meningkatkan lagi keimanan aku ...


aku akan cube sepositif yg mungkin...
serius aku x kisah orang & masyarakat nak tanya aku itu ini...mulut manusia siapa boleh tutup kan..
aku x kisah ttg itu...


tp aku kisah ttg diri aku...
kenapa aku meniti hari2 aku dengan stress,,,,,,,,n semua org kat sekeliling aku lagsung x nak ambil tahu atau cube bantu aku utk tarik aku keluar dari stresssss ini....

jom layan sajak rangga:

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri




rezeki kerjaya vs lumrah wanita

Assalamualaikum wbt,

Demi Allah...
inilah perkara yang sering berlegar2 dlm otak & minda aku saat ini...

"tentang kerjaya aku"

ape yang aku rase skrg ni adlh aku da x kuat nak hadapi stress dgn kerjaya aku skrg....
aku kerja skrg ni pun sbb aku:
1. bosan kat umah
2. kesian ngan hubby aku kalo aku x keje nanti aku bising bosan kat umah....
3. nak settle sume bayaran cc

yup, aku tahu aku kerja skrg ni sbb aku taknak aku stress & kebosanan duduk rumah and dlm masa yg sama aku nak bayar cc aku yg masih berbaki....

yela, aku keje bank so mmg aku x terkecuali untuk amik cc. insyaAllah aku da plan hidup aku untuk bayar sume dalam masa 4bulan insyaAllah settle lah semuanya....insyaAllah....

walaupun agak tertekan dgn kerja ni ....
working environment, staff & team leader

tp

aku akan cube bertahan....
sebab misi aku adalah aku nak settle hutang aku....

aku tak boleh malas atau mengikut perasaan...

perlu ada rasa SYUKUR pada Allah swt kerana masih beri rezeki untuk aku menikmati dunia ini dan berkongsi rezeki ini dengan keluarga ku...insyaAllah...

dalam kekecewaan pasti ada kebahagian yang harus di nikmati..

so Ayunie,

walau apa pun dugaan atau cabaran yang dilalui perlulah di fikirkan secara positif ok...

aku akan cuba fikir secara positif & akan hidup dengan lebih berkeyakinan...
kena banyak bersyukur masih ada rezeki kerjaya yang dianugerah oleh Allah...
masih ramai diluar sana yang masih tiada pekerjaan...


syukur2...bukan senang nak dapat kerjaya dengan gaji yang diinginkan sekarang niiii...

Alhamdulillah

namun hakikatnya aku x akan terlepas dengan lumrah hidup sebagai wanita...
yang bukan dilahirkan untuk bekerja menyara keluarga, Betul???

so sekarang aku mesti kena ada plan dan niat yang betul dalam setiap langkahan ku.....
kat sini aku nak share sikit pembacaan aku dlm satu blog ni,,,
ia sbg ingatan untuk aku untuk tidak terus lalai dan leka dengan keindahan dunia....

impian aku tetap sama....aku tak mahu terus hidup di kota kuala lumpur yang penuh sesak dan kehidupan yang melalaikan dengan hiburan dsbginya,,,,
jujur, ini bukan kehidupan yang aku ingin dan idamkan..aku dah puas dengan sume ini..

aku mahu hidup yang lebih tenang untuk beribadat pada Allah,,sebuah keluarga yang sederhana, yang sentiasa ingat pada penciptaNya....
moga Allah perkenankan doaku serta permudahkan urusanku....

so ini yang aku nak share sikit sebagai wanita yang bekerja tetapi sentiasa mengidamkan kehidupan sebagai suri rumah :-)

Al-Marhum Said Hawwa telah mengulas berhubung dengan hal ini di dalam kitabnya al-Islam. Beliau menegaskan bahawa Uqubat Fithriyyah (balasan / hukuman fitrah) daripada wanita meninggalkan peranan mereka di rumah dan keluar bekerja, meliputi:
1. Kecelaruan hubungan di antara lelaki dan perempuan serta hilangnya ketenangan dan kesejahteraan. Anak-anak tidak dapat mengecapi penjagaan oleh ibu bapanya dengan sempurna.
2. Perempuan hilang rasa kebergantungan kepada suaminya dan ia menjadi ancaman yang besar kepada hubungan perkahwinan mereka.
3. Wanita itu telah menolak tanggungjawab nafkah orang lain ke atas dirinya. Akibatnya, selepas mencapai usia tua dan uzur, wanita itu masih perlu bekerja seperti lelaki walaupun fizikalnya sudah tidak mengizinkan.
4. Wanita kehilangan sifat-sifat kewanitaan yang dikhususkan kepadanya. Natijahnya, wanita itu sudah tidak lagi sesuai untuk memikul tanggungjawab asasinya seperti mengandung anak.
5. Keretakan hubungan kekeluargaan berkembang menjadi krisis di dalam masyarakat.
6. Ibu bapa yang baik tidak dapat mewariskan sifat-sifat mereka yang baik kepada anak-anak bahkan hubungan kasih sayang juga terjejas.
Kerana itulah Allah menyebut di dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud,
“Dan tetapkanlah kedudukan kamu (wanita) di rumah dan janganlah sekali-kali kamu bertabarruj dengan tabarruj jahiliah yang pertama”.
Tepuk dada, tanya iman lalu, jadikan ia panduan.

aku suka ayat ni....minta izin copy paste ye...
inilah benda yang sering aku berlegar2 dlm minda ku saat ini ...
Sifat wanita yang dijadikan Allah penuh dengan kekuatan dalaman yang boleh dicernakan dengan mendekatkan diri kepada-Nya, dengan penuh ketakwaan dan memohon kekuatan dari-Nya dalam menghadapi segala cabaran dan halangan terutama dalam era globalisasi ini. Walaupun zaman berlalu, peranan wanita seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Aishah, Nusaibah, Khaulah dan ramai lagi Ummul Mukminin dan Sahabiah perlu diteliti kisah hidupnya untuk mencungkil kekuatan yang boleh dicontohi sebagai bekalan dalam menghadapi dunia yang terlalu mencabar peranan Muslimah hari ini.
Semoga bermanfaat...sekian terima kasih , insyaAllah :-)


 


Friday 15 November 2013

apakah kehidupan yang aku idamkan?

Sekarang ni macam2 aku fikir & imagine about my life...

apakah kehidupan yang aku imagine sekarang niiii???
to be honestt aku da x larat nak  duduk KL...hari menghadap jem, trafic light, menunggu lrt, bersesak mcm sardin dlm lrt, makanan fast food yang x berkhasiat....waaa..aku da bosan dengan kehidupan ini..

ini bukan kehidupan yang aku mahukan...
aku betul2 da penat...
tiap2 hari aku doa pada Allah agar berikan aku kehidupan yang lebih tenang serta pekerjaan yang memudahkan aku untuk beribadah kepadaNya....


hidup yang aku ingin kannn dan aku berdoa agar dapat hidup jauh dari bandar Kuala lumpur ini~~


moga suatu hari nanti doa aku akan termakbul...

aku mahukan kehidupan yang tenang.
kehidupan yang dapat ku nikmati dengan indah dan bahagia
melalui kehidupan dengan bermakna........
dapat penuhi masa dengan sebaiknyaaa.....


apa yang best nya hidup di KL???cube habaq maiii???


bersesak dalam lrt???keluar keje 1 hingga 2 jam lebih awal???pegi kerja tensen, masuk keje tensen pastu balik keje pun tensen..hahhahaaa....

NO!!

saya ingin 

 PERUBAHANNNNN!!!! 

diri...tolong berubah dalam kehidupan bandar yg tiada makna...
aku inginkan kedamaian & ketenangan ................



 

besttt nye kalo dapat melayari hari2 ku di sini....mmg tenang sekali....x perlu fikir dan berdepan ttg masalah org lain...




kalo aku dok kat kawasan ni mmg tiap2 hari aku lepak kat tepi ni....sambil memancing ke kan...waa bestt nye.....melihat kebesaran ciptaan Allah....mmg tenang jiwa...hati pun bersih..jiwa x kacau



xpun pilih duduk kat kawasan yang x berapa kampung n x urban sgt tp rumah ade swiming pool...mmg best mandi manda kan....




xpun letak satu jakuzi or spa hydotherapy kat dalam or luar rumah....waaaa mmg balik keje yang stresss berendam dalam spa hydrotherapy mmg manyak syiok & relaksss........

kene fikir nak keje macam mane & terfikir2 utk berbisnes or nak fikir ttg skills...

wallahualam....

berdoa banyak2 pada Allah..Hanya Allah sahaja tahu akan kebaikan untuk setiap hamba2Nya..



fikiran aku saat ini?

kalau di tanya ape dalam fikiran aku sekarang niiii...
aku sdg sibuk mencari2 ape yang aku mahu kan dalam hiduppp ni..

hal ini disebabkan aku semakin x selesa & rasa aku sdg menghancurkan diri dan masa aku dengan membuat keje yang aku tak suka....kerja yang bukan dari kemahuan diri ku....hanya diri aku aje yang faham situasi aku sekarang niiii....aku sangat tidak selesa dan kerja ini saban hari menghancurkan hati...

CALL CENTRE  bukan kerja yang sesuai untuk aku.....walaupun aku rasa aku boleh solve customer problem, good in handling calls, handling complaints & feedback but this is not what i want in my life...


i am so stressss....i have no life....bercakap dengan customer selama 8jam.....even kawan ko kat sebelah pn mmg ko tak sempat nak bersembang weiiii...mmg aku mencik keje ni...

aku mmg tabik spring kat kawan2 aku yg da keje hampir 3-4tahun dalam call centre....aku pernah keje 10bulan kat RHB bank & after 2 years as admin i masuk balik dalam call centre.................aku ingat kan aku bolehhh tahan....

tp..

ternyata aku x kuat macam kebanyakan org..
hari2 aku x bermakna....even aku punye cuti juga rasa x bermakna....hari2 aku berlalu tanpa makna...

apakah makna semua ini???
hati aku x best walaupun gaji aku banyak berbanding gaji2 terdahulu...tp aku rasa x bestttt...

hari2 aku rasa nak nangisssss kenang nasib.....
hari2 aku menyampah nk lalui.......adakah aku x bersyukur....
yang pasti kalo ikut pembelajaran aku kat universiti dulu topik perkembangan kerjaya/career development:
mmg aku skrg ni salah pilih cabang kerjaa...

call centre bukan untuk aku...


so whats my nxt PLAN???


Sunday 20 October 2013

komen ke x komen

nak comment x nak nak comment x nakkkk....


selalu artis aje slalu ckp...."no comment"

tp

kali ni aku plak yang nak cakap.... NO COMMENT...
huhuhuuuu......

da x nk komen yg nulis kat ruangan ni kenapa nye???

lorh~!saje la, da x boleh nak komen kat luar even kat fb so aku menconteng2 la ruangan di blog sendiri..hihiii

apa2 pun aku ucap tahniah bagi kawan2 yg da makin happy sekarang niiiii..
tolong doakan kebahagiaan aku juga


fikir2...

nak delete FB ke x nak..haissshhhhh,,,,
adakah aku sedang takut dgn diri sendiri...
sebenar nyaaa x....aku cuma takut aku di anggap tidak bersyukurrrr,,,,yelaaa bila tgok status org lainnnnn tetibe aje buat aku fikir lain2....walhal jika aku x tgok status kat fb mmg aku x fikir apa2 pun.......

tolongggg...apa yg aku merepek niii..haha...dah2....aku mmg patung MC/AL dari buka fb...

sekian...wassalam~~


Saturday 28 September 2013

dinner

hai...lame x menaip...
malam ni smbil tgok tv layan bola sepak ngan hubby aku nk update blog ni sambil buat senaman jari..hahaa...

this year dinner opis kat Sunway Pyramid Convention Centre...
td aku dtg agak lewat sket, mane x nye...buat dinner 28hb time org2 KL sibuk kuar bershoping sbb baru dapat gaji kan....mmg la jem....registration closed at 6.30....should be~!! but i arrived around 6.55pm so ok la sempat jugak register n the best thing is....i dapat gak number for lucky draw~hahaa

actually x pena dtg ke SPCC...kawan2 da masuk ballroom sbb aku da tlewat~
so hubby drop i kat entrance kepala singa yg dkt ngan starbucks tu....so i masuk dalam shopping mall sunway pyramid and then go straight until tempat org men ice kat bawah tu  then turn right and cari lif.......senang aje rupe nye nk ke SPCC ni.....tekan lif ke level CP3 and sampai sudah~~~

rupenye aku sesame smpai ngan VVIP, haha....dapat la tengok performance yg best...tema dinner kali ni magical night..haaha...magical la sgt~~ok la mcm2 fesyen la dpt kite tengok kan..aku dress sempoi aje,,,,wifey org wei...dressing simple2 aje....aku pakai dress ala2 cinderella tp color peach~~hahahaaa....saje pilih soft color,,,yeah..slow and steady.....

ucapan---performance--makan andddd luckyyy draw...memandangkan terlalu ramai yg turun yakni staff dr seluruh malaysia so lucky draw number diorang papar kat skrin depan jek....soooo masing2 sila buka mata luas2 utk check number anda lucky ke tidak..haha....and number aku 0078 termasuk dlm senarai lucky draw tersebut..yahoooooo.............last minit tarik number pun lucky gak...syukur.....
tp lucky classs biasa aje.....sebab aku dapat kad Starbucks jek.keh2....bank belanja aku kad starbucks RM50...ok laaa........ade jugak yg dpt voucher aeon/camera/mini ipad.......jeles2....tp ok laaa...syukur~~! drpd x dpt lgsung lagi la kan kan..hihi

lepas ni bleh la minum starbucks freee..yayy..

sambil makan2 layan artis Dayang Norfaizah nyanyi.....mmg voice die mantoppp......

then layan the voice...the voice ni staff punye pertandingan...mmg bestt la.....enjoy the night...

eh,mana hubby aku pegi pas anta aku kat sunwayyyy td...hahaha...da bercerite pjg baru ingt hubby..haha...hubby ku p layan bola ngan kengkawan die kat stadium shah alam...perghhh...memang syiok la die...tgok Selangor vs Singapore.......enjoy bola dear........
perancangan yg bagus kan...sehala plak tu.......kebetulan~~

oklaaa..jom tdoq...esok ahad boleh rest~~
isnin kene keje...bos da blanje makan dinner kne la keje memolek..mana tw thn dpn leh dapat bonus......aminnnnn...hihii.....


Friday 20 September 2013

bacaan slps solat

Sheikh Nuruddin pesan, lepas Solat, Para Imam jangan lupa zikir 33kali, Sabda Nabi " Barangsiapa yang selepas solat membaca Subhanallah 33 x , Alhamdulillah 33 x , Allahu Akbar 33 x dan diakhiri Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lah lahulmulku walahulhamdu wahuwa 'alaa kulli syai-in qadiir 1 x , maka diampuni seluruh dosa-dosanya walaupun seperti buih di lautan " siapa sangka jika Imam baca sedemikian, Imam tadi menjadi asbab ramainya para Ma'mum diampuni dosa sebanyak banyaknya..

Saturday 27 July 2013

resepi ayam percik dan agar-agar laici

Assalamualaikum wbt...

Seperti yang dijanjikan saya nk bagi resepi di post kali ni...resepi2 yang sy cuba ni biasanya saya gabungkan dan edit2 sikit mengikut citarasa saya iaitu citarasa Utara,,hihii..kami kan orang Perak + Kedah so citarasa utara la kan....

resepi Ayam Percik..

Bahan A:
3 ulas serai
15g cili kering (saya buat smlm lbh kurang 7-10 je sbb sy x suke pedas)
3 ulas bawang putih
3cm halia
2cm kunyit hidup
10gm bwg merah/ 1bj besar

Bahan B:
1 sudu besar tepung beras (sy letak tepung jagung...haha...sbb kat umah xde tpg beras)
2 sudu besar gula
250g santan pekat
ayam (ikut suka nk potong cemana....)
2 ketul kiub ayam maggi - sy guna 1 je....

Cara-caranya:
campurkan bahan A dan kisar hingga halus
ambil sedikit baham A dan perap dengan ayam selama 1/2jam
kemudian campurkan bahan A dan bahan B dalam periuk.
Masak dgn api yg perlahan. Masukkan juga ayam yang di perap td.
Masak ayam hingga suku masak aje...kemudian keluarkan dari periuk utk di panggang. manakala kuah di masak hingga pekat.
sambil panggang ayam tu sapukan kuah atas ayam dan percik2 kan la ayam dgn minyak sket2..percik tu cm use serai ketuk n sapu je atas ayam tu sket2...
panggang ayam hingga kekuningan..
Sedia untuk dihidangkan bersama2 kuah ayam percik td...

note:::mudahkan....mmg sedap resepi ni sebab kuah die sedap dan ayam pn lembut aje....

Agar2 Laici resepi Ibu

Bahan2:
Agar2 serbuk 2 paket
Air sejuk 7 cwn
Laici 1 tin ( tp use air laici aje 2 cwn and laici utk hiasan shj)
Gula kasar 2 cwn
Susu cair 1 tin
Telur 2 biji

Cara-caranya:
Masukkan  bahan2 kecuali susu cair dan telur  ke dalam periuk kemudian kacau dan nyalakan api perlahan. kacau hingga mendidih.
Dalam mangkuk yang lain sediakan susu cair dan telur yg tlh dikacau.
Bila mendidih masukkan susu cair dan telur tadi dan kacau sebati jangan terlalu lama.
Sediakan acuan dengan laici di dasar acuan sebagai hiasan kemudian tuang agar2 td dalam acuan. sejukkan dan masuk dalam peti ais.. memang sedap di makan sejuk2 dan sesuai utk dessert berbuka puasa..

Selamat Mencuba...


Salam Sayang
Ayunie



menu iftar..alhamdulillah...

Salam Ramdhan....

Assalamualaikum wbt....sy tulis blog ni smbil tonton JJCM...kebanyakan restoran yg JJCM pegi hari ni berfokuskan menu berbuka puasa di restoran arab...memang ramai yg choose restoran dan makanan arab ye utk berbuka puasa?hihihiiii...
awal2 ramadhan hari tu kami berbuka puasa di rumah saudara di gombak juga di hidangkan nasi arab and lamb.....wow...memang sedap....ada juga nasi arab and chicken bersama sos die mmg sedap lah~~

kalo tanye pendapat saya masakan nasi arab ni mmg menggamit selera bile makan waktu berbuka puasa..berselera kami semua berbuka puasa hari tu...terima kasih kakcik dan abg edy atas juadah yg dihidangkan.....seronok berbuka bersama2....skrg ni hubby plak asyik nk pegi makan lamb....maybe akan mencuba menu arab dkt restoran arab berdekatan ofis hubby yg dkt bulatan kg.pandan tu...buat masa ni kami x pergi cuba lagi memandangkan masa yg x mengizinkan...tp kawan2 opis hubby da cuba n mereka ckp buffet RM35 only..ok jugak kan price die...


 lupa nk ambil gambar hari tu...excited sgt nk berbuka puasa agak nya plus layan kerenah adam n mikhail..
pic: ehsan dr google...

semalam hari sabtu sy sediakan juadah berbuka puasa di rumah sahaja....saya cuba resepi baru iaitu ayam percik....hehe.....nk resepi ke?mmg mudah sangat nk buat.....1st try ni mmg menjadi dan mendapat pujian dari hubby..alhamdulillah.....kena dgn selera die agaknya....lagi satu sy cuba resepi ibu iaitu agar2 laici....

saya akan share resepi kat sini utk rakan2 di luar sana dan utk sy agar diri sendiri x lupa..even sy da ade buku resepi tp biarlah saya simpan aje kat sini kan.....untuk tatapan di kemudian hari~hihiii....

so menu semalam adlh Ayam Percik + Udang masak lemak with kacang buncis + Agar2 laici

note: resepi next posting la yeeee...........

Tuesday 30 April 2013

Selamat Ulang Tahun ~ 1 Year Anniversary

Assalamualaikum, lama x menulis dalam ni. terasa kekok plak...ecececeee...
sempena ulang tahun saya dan suami so saya pun conteng2 la sikit blog ni ye.....x best nk menaip sgt ni sbb use laptop adik, so cam x biasa .....tp terpaksa gak la use memandangkan laptop saya yg sy guna sejak tahun 2006 yakni sy mula2 masuk UPM dulu tu telah pun rosak dan sudah tidak berfungsi lagi.....sob2..

sempena ulang tahun perkahwinan kami di tahun pertama ni perasaan yang sy dapat kongsikan adalah rasa bersyukur kerana Allah masih panjangkan jodoh kami, rasa seronok dan happy sebab kami bahagia melayari kehidupan suami isteri yang amat bahagia dan sempurna utk kami berdua.......alhamdulillah syukur, kami amat selesa dengan segala yang kami miliki walaupun pd pandangan org kami masih setahun jagung dan mcm2 benda yg masih x perfect kata orang...namun pd saya setiap saat dan peluang yg Allah beri pd kita tu , kita gunakan utk bahagia dan membahagiakan... 

tips dr kami:: kami x de tips sebab kami juga diberi ujian dr Allah swt, contohnya kami masih belum diberi rezeki anak dari Allah swt, mmg terasa kalau balik kg, pegi kenduri kahwin misalnya orang akan bertanya (standard soalan masyarakat melayu- kalau belum kawin tanya bila nk kawin?, kalau da kahwin tanya bila nak dpt baby...) itu standard dan kebiasaan tp sy harap kebiasaan masyarakat kita ni perlu la ade batasnya,,,kita ini hidup bermasyarakat jd kita perlulah menjaga sensitiviti org lain juga....jika saya, saya hanya senyum dan jawab, Tolong doakan saya....... walaupun tgh bersalam dan ditujukan soalan itu sy dapat merasakan jantung kita tersentap namun AWAS~~! sila kawal...hahhahaha..
rezeki semuanya datang dari Allah swt..kita xtahu perancangan dan hikma dariNya, sebaiknya kita berserah dan yakin pada Allah setelah kita berusaha.....in sya Allah....jadi tips nya:: suami isteri kena selalu berkomunikasi kerana dgn komunikasi kita akan lebih mesra dan mengenali hatibudi dan perangai masing2, kemudian suami isteri janganlah berkira sgt ttg bab duit, bab kerja rumah, masak dsbgnya..
Terima kasih Mr. Hubby yg sgt rajin mengemas rumah terutamanya bahagian dapur....bersyukur sgt amat sbb sikap suami sy yang x berkira dan rajin membuatkan sy tiada perasaan berkira....alhamdulillah....seterusnya isteri kena la rajin masak......jgn asyik makan kat luar aje, kehidupan di KL ni buat sy rajin memasak sbb makanan kat KL mmg xsedap n x berkhasiat..kedai aje byk tp bila mkn waduuuhhhh mahalnye ++ x sodap so sy lbh suka memasak wpun slps pulang bekerja...suami pun suka sy masak...hihiiiihiii....

apa2 pun, selamat ulang tahun perkahwinan yang ke - 1 tahun...
semoga hidup dalam keberkatan dr Allah swt.....

Wednesday 27 February 2013

cinta ilmu

Assalamualaikum wbt..

Hari ini saya nak update nota dan catatan yg saya dengar menerusi tv/radio bersama Prof. Dr. Muhaya..
Saya sangat suka cara Prof Muhaya berbicara dan menasihati diri ku ini..Saya percaya ramai yang suka dengan cara prof kan?

Bagi saya, kewujudan prof Muhaya dlm hidup saya ini seperti membawa sinar kebahagiaan yang sangat cerah dlm hidup ini bagi mendekati agama islam dengan lebih baik dan jauh lebih baik. Cara die menasihati dan bercakap mmg tegas dan menarik.
Terima kasih Allah swt kerana telah memberi ruang dan hidayah untuk diri ini mendalami islam.. 


 

Ertinya:
"Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji" (Ali Imran:8)
Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dariNya dan terhindar dari perasaan riak dan takbur...
Disebabkan sekarang ini macam2 masalah yang mula timbul disekeliling kita...masalah dunia, masa kerja, masalah keluarga, masalah cinta, masalah ...masalah...
Menurut prof, apa sahaja masalahnya kita perlu lihat dan perbetulkan diri kita sendiri...macam2 aduan berkaitan masalah dengan suami, masalah ttg anak, namun penyelesaian adalah 'perbaiki diri kita sendiri'..sbb kita tak boleh ubah diri orang lain, tapi kita boleh ubah diri sendiri...jadi....caranya adalah kita perbaikilah diri sendiri...prof selalu ulang,,,orang keladak adlh utk orang keladak, jadi jgn la bising atau sedih jika kita ditemukan Allah dengan orang yang keladak~ nauzubillah.....
"Dunia dalaman menghasilkan dunia luaran"
marilah kita sentiasa perbaiki diri, saya juga masih belajar dan sedang menambah ilmu lagi.
Nota 1:
1. Hentikan menceritakan masalah pada manusia, kerana manusia itu lemah. Sebaliknya bangun malam dan munajat pd Allah swt. Lagi byk minta pada manusia, lagi kurang kebergantungan dan yakin pada Allah. Jom audit!!!
2. Allah beri ujian dan dugaan pada orang terpilih, banyakkan bangun malam dan munajat pada Allah.
3. Berapa ramai manusia sibuk dengan masalah dunia dan karenah orang lain, tapi tak ramai memikirkan masalah mereka bila sakratul-maut dan di padang mahsyar nanti. Wanita sekalian, lihat pakaian kita, jika dalam perjalanan keluar nanti maut ditengah jalan agaknya Allah redha atau Allah murka..
--->jom audit pakaian kita, saya juga byk dosa...tp Alhamdulillah Allah syg kita, sbb tu Allah beri kita peluang utk berubah...
4. Buat hubungan intim dengan Al-Quran, Al-Quran adlh Rahmah. Tengok sahaja ada rahmah. Jika sesibuk mana pun bacalah Al-Quran. Peluk dan cium Al-Quran.
5. Yakin pada Allah, bertakwa pada Allah. Bersangka baik pada Allah swt.
Hiduplah dengan kasih sayang. 
Dunia ini juga diciptakan kerana kasih dan sayangnya Allah kepada kita.
1. Sayang Allah dan Rasul
2. Sayang suami
3. Sayang Ibu Mertua
4. Sayang Ibu kita.
5. Sayang semua.
Siapa yang paling penting?? - Orang yang didepan kita :-)
so, ingat! orang yg penting adlh didepan kita x kire la kecik besar tua muda okey~
::: saya berasa bersyukur kerana Allah telah membuka hati saya untuk lebih mendalami ilmu2 agama, dan saya juga bersyukur krn dengan adanya ceramah2 yang BEST dan hebat dari Prof Muhaya membuka mata hati saya utk lagi seronok mendengar ceramah2 dan nasihat2 para ilmuan dan ulama.....sungguh indah rupanya dunia ini....kadang kala kite lupa dan alpa..kadang2 kita fikir kita ini sudah baik dan perfect..oleh itu marilah sama2 kita mencari redha Allah BUKAN apa yang manusia kata..kerana manusia ini juga diciptakan oleh Allah utk taat padaNya, untuk menyembah kepadanya..
p/s:jika saya salah tolong betulkan, jika saya alpa tlg ingatkan..
semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan makbulkan segala doa kita..aminnnn 
Thank you Allah
 

Tuesday 19 February 2013

bersyukurlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sudah byk kali sebenarnya jari jemari ini ingin menaip disini...namun....percubaan itu akhirnya diakhiri dengan menekan butang 'logout'...

mengapa?? kerna aku takut utk meluahkan segalanya disini, segala perasaan dan keadaan skrg sgt memeningkan kepala aku, serabut otakku...

mcm2 aku fikir...sukar nk diluahkan...walaubagaimanapun aku bersyukur sebab aku masih lagi diberi kesempatan utk bernafaz dlm hidup ini,,,walaupun mcm2 dugaan namun aku ptt bersyukur sbb Allah masih beri aku org tersayang disekelilingku....

aku anggap yg terjadi pd aku ini adlh ujian dan dugaan dr Allah buat diriku....

bersangka baik la pada Allah...mungkin Allah swt beriku berehat sebentar sebelum meneruskan kerja,, 

Aku hanya mampu berdoa yang terbaik utk diriku, suami dan keluarga..

terima kasih suamiku kerana teramat memahami situasi ku ini,,,maafkan ku...

oleh yg demikian, saat ini hanya perkataan syukur berlegar dlm kepalaku....
RESET MINDa kata prof Muhaya..
daku nk jadi orang sentiasa bersyukur walaupun masih dlm ujian dan dugaan....kerana kita perlu lihat orang yang dibawah, org yang lebih susah drpd kita baru kita tahu apa ertinya syukur...dan aku amat suka ayat ini:

bila kita di beri masalah, ujian, dugaan hendaklah kita bersyukur, itu tandanya Allah masih syg pada kita, Ujian tanda Allah dekat dgn kita, tanda kasih dan sayangNya pada kita, maka kita diberi ujian masa didunia lagi agar kita dpt minta keampunan dari Allah....berbeza dengan org yang lalai...mmg dia bersenang2 didunia ini kerana Allah menangguh balasan mereka diakhirat......

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Ilmu utk diri sendiri dan kawan2...

7 Tanda Diterimanya Do'a 
"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"
("Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".) QS. Al Baqoroh 201
.

1. Senantiasa Bersyukur Atas Nikmat dan Kurniai dari Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Istiqomah Dalam menjalanan Ibadah (Wajib maupun Sunnah)
3. Dikurniakan Keluarga Yang Solehah, Sakinah Mawaddah wa Rohmah (Istri yang Solehah, Putra/Putri yang Soleh/Solehah, serta Family Yang Baik)
4. Dikumpulkan Dengan Masyarakat/Lingkungan Yang Soleh
5. Dikurniai Rezeki Yang Halal dan Barokah
6. Senantiasa Gemar/Semangat Mencari Ilmu-Ilmu Agama Untuk meningkatkan Ibadah Kepada Allah.
7. Sabar Dalam Menjalani Kehidupan (Sabar Menjalankan PerintahNya dan Menjauhi LaranganNya, Sabar Dalam Mencari KaruniaNya, Sabar Dalam Menjalani UjianNya, Sabar Dalam Musibah) disertai dengan keikhlasan semata-mata mengharap Redha Allah SWT.


sekian...

Thursday 24 January 2013

ragam rumah tangga

Assalamualaikum wbt....

Dimulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim....

Syukur alhamdulillah, harini dpt lg kite bersujud pada yang Maha Esa....ambillah kesempatan yang ada ini untuk bersujud pdNya.......mari lah kita sama2 panjatkan rasa syukur pada Allah swt dengan nikmat dan kurniaanNya memberikan kita rezeki sehingga kita dapat hidup dengan aman, perut yang kenyang, badan yang sihat, keluarga yang baik, masyarakat yang harmoni dan bermacam2 nikmat lagi.....AllahuAkhbar!

Hari ini saya hendak menulis berkaitan hal suami isteri di dalam rumah tangga...Hal ini kerana, saya amat tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berkaitannya agar rumah tangga saya dan org2 diluar sana mendapat kebahagian serta keberkatan di dunia dan di akhirat. Oleh itu ada sedikit research yang saya lakukan melalui pembacaan buku, blog rakan2, pemerhatian dan pengalaman. Walaupun pengalaman saya dlm berumah tangga masih kurang (bkn setahun jagung pun lagi....masih x smpai setahun) namun saya risau dgn keadaannya mengenangkan ombak gelora rumah tangga ini begitu dasyat sekali yang saya kira amat perlukan ilmu agama dlm melayari bahtera ini...In sha Allah, semoga research ini dpt memberikan saya ilmu yang amat berguna utk saya jadikan manfaat dan teladan utk masa ini dan masa hadapan khususnya.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, saya diberikan jodoh oleh Allah swt dengan suami sy.. Beliau seorang yang sangat baik, makanan yg saya masak sering dipuji dan dihabiskan, sering membuat hati saya gembira dan ketawa, seorang yang bijak mengambil hati orang tua, seorang yang rajin bekerja, rajin juga membantu mengemas rumah dan di dapur......................syukur Alhamdulillah.....
cuma kami masih belum dikurniakan cahaya mata oleh Allah swt... sy redha dgn ujian Allah ini walaupun sudah 8bln lamanya kami berumahtangga.....apa penting buat saya adlh saya perlu bersangka baik pada Allah, in sha Allah ada rezeki kami mendapat zuriat suatu hari nanti dari Allah swt....ada juga tips2 dan panduan islam yang saya laksanakan tp in sha Allah akan sy kongsikan tips nya di ruangan yang lain.....

so: cerita kali ini adlh: Jika ade salah faham yg comel2 (kecik2) mcm penat/kurang ceria..so cmne nk handle?ape yg spttnya kite lakukan??

alaaa..bak kata pepatah

 "masakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri"

sememangnya hidup berumah tangga ini mmg byk dugaan, kadangkala kita happy, kadang2 kita sedih, terasa, terguris....itu semua adat resam berumahtangga...ia bukan 1 hal yang besar, namun kesannya sgt mendalam sehingga membuatkan hati kita ini sgt tersentuh dan bersedih....Kita sudah mencuba untuk menanam sifat2 yang baik dlm berumah tangga seperti solat berjemaah, makan bersama, berkomunikasi dan luangkan masa bersama seperti menonton tv, beriadah dll. Namun, ada juga hal2 yang kecil ini membuatkan hati kita terluka dan merasakan rumah tangga kita bergoyang...


Kenalpasti peranan dan tanggungjawab suami dan isteri
1. Tanggungjawab suami:
- Memberi sara hidup kpd isteri spt makanan dan tempat tinggal
- Memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri dgn baik
- Menyara anak2
- melindungi isteri dan anak2 dr aspek keselamatan dan kesihatan
- Melindungi maruah keluarga
- Membimbing isteri dgn ajaran islam
- Bertanggungjawab mendidik akhlak anak
- Menjadi penasihat dlm menyelesaikan mslh rumah tangga

2. Tanggungjawab Isteri
- Menjaga kehormatan diri
- Patuh arahan suami
- Menumpukan sepenuh kasih sayang kpd suami dan anak2 
- Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan suami dan anak2 
- Menjaga amanah dan harta suami
- Menyimpan rahsia pergaulan suami isteri
- Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali darurat)
- Berhias diri hanya utk tatapan suami sahaja.

setelah mengenalpasti peranan dan tanggungjawab suami dan isteri kita juga perlu ada ilmu bagi menguruskan rumah tangga yang cemerlang dan bahagia..
...

Meskipun seorang suami mempunyai hak kepimpinan terhadap isterinya sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Taala. ”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan atas sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (laki-laki) menafkahkan sebahagian harta mereka...” [TMQ an-Nisa’(4):34 ].

Dalam ayat ini menunjukkan bahawa peranan suami sbg pemimpin terhadap isteri di dalam rumah tangga bukan beerti menjadikan dirinya bleh bertindak sesuka hati seperti pemimpin yang langsung tidak boleh melanggar segala perintahnya. Kepimpinan suami didalam rumah hanya berlaku dlm pengurusan dan pengelolaan rumah tangga sahaja, bukan hal pemerintahan  dan kekuasaan didalam rumah tangga. Oleh itu seorang isteri berhak menjawab ucapan suaminya, memberikan pendapat, berbincang dan berbahas apa sahaja yang dikatakanya. Hal ini kerana pada dasarnya dua orang ini adalah dua sahabat dan bukannya pemerintah dan diperintah. 

Saya pernah mendengar cerita dari seorang ustaz, jika tidak salah ustaz don yang menceritakan ttg seorang lelaki yang asyik kena bebel dgn isterinya. (saya ringkaskan cerita ini ye...cerita lanjut boleh baca di blog ini). Lelaki tersebut asyik kena bebel dgn isterinya dan mereka sering berbalah. Disebabkan dia tidak tahan dengan isterinya yg kuat membebel lantas dia ingin menceritakan kpd Umar  al khattab r.a. ttg mslhnya. Sesampai sahaja di rumah Saidina Umar, lelaki tersebut terdengar suara isteri umar juga sdg membebel namun tidak pula kedengaran suara Saidina Umar menjawab bebelan tersebut. Sebaik sahaja lelaki tersebut hendak pulang kerana tidak jadi mengadu kpd umar yg juga mdpt nasib yg sama, tiba2 saidina umar ternampak dan menegurnya. Lelaki tersebut berkata aku mahu mengadu kpd mu ttg isteriku yg kuat mbebel, ttp aku tdgr isterimu juga membebel kpdmu jadi aku tidak jadi untuk mengadu kpdmu Umar.
 Umar menjawab:

“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama 
(nanti akan baik sendiri).”

Ustaz Don ckp: Wanita membebel  pasti ada sebabnya, suami ada kelebihannya sendiri, isteri juga ada sesetengah hal rumah tangga yang dia lebih bijak menguruskannya.Contohnya spt mengemas, memasak, menguruskan pakaian dsginya, jadi biarlah isteri membebel. Biasanya membebelnya utk menasihati dan mendidik keluarga mjadi lebih baik.

saya: saya jarang membebel...really!!! kecuali orang usik dan meminta sy utk membuka mulut maka muncul pembahas negara...hihiiii...harap2 dpt dipendekkan perbahasan dan syarahan itu nti wpun jarang2 kedengaran...

begitu la serba sedikit ttg tips rumah tangga. yang penting kita perlu kenali pasangan kita, bila da kenali apa yang dia suka dan tak suka maka mudah lah nk menguruskan rumah tangga...
cth: saya x suka pergi tempat2 yang sesak...

Namun dlm pada itu, wanita itu kaum yang cepat tersentuh, beremosi dan kuat merajuk. oleh itu nasihati kami dengan baik dan lembut. jangan la berkasar dengan kami...

Hadis Rasullulah mengatakan, 
“Nasihatilah perempuan dengan cara yang baik! Perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk, sementara yang paling bengkok itu bagian teratasnya. Jika engkau bersikeras meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika engkau membiarkannya, ia akan bengkok selamanya. Maka nasihatilah perempuan dengan cara yang baik!” 
(HR Bukhari, Muslim, Ibnu Abi Syaibah, dan Baihaqi)

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pula kata:
Jika isteri merajuk kena cepat2 pujuk 
tp jika suami merajuk tinggal2 kan,,,biar rajuknya surut dan bg masa utk berfikir 

Semoga penulisan ini memberi tunjuk ajar kepadaku dan suami membentuk keluarga yang berbahagia...
Semoga perkongsian ini juga bermanfaat kepada saudara dan saudari yang membacanya. Walaupun hal nya hanya sekecil zarah, rajuk nya hanya sementara namun kita perlu tahu penyelesaiannya agar tiada pengulangan, tiada lagi hati terguris dan seterusnya dpt menjaga rumah tangga kita dgn terdidiknya budi perkerti yang baik berlandaskan agama islam...
in sha Allah....

"Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku"