Assalamualaikum wbt...
Seperti yang dijanjikan saya nk bagi resepi di post kali ni...resepi2 yang sy cuba ni biasanya saya gabungkan dan edit2 sikit mengikut citarasa saya iaitu citarasa Utara,,hihii..kami kan orang Perak + Kedah so citarasa utara la kan....
resepi Ayam Percik..
Bahan A:
3 ulas serai
15g cili kering (saya buat smlm lbh kurang 7-10 je sbb sy x suke pedas)
3 ulas bawang putih
3cm halia
2cm kunyit hidup
10gm bwg merah/ 1bj besar
Bahan B:
1 sudu besar tepung beras (sy letak tepung jagung...haha...sbb kat umah xde tpg beras)
2 sudu besar gula
250g santan pekat
ayam (ikut suka nk potong cemana....)
2 ketul kiub ayam maggi - sy guna 1 je....
Cara-caranya:
campurkan bahan A dan kisar hingga halus
ambil sedikit baham A dan perap dengan ayam selama 1/2jam
kemudian campurkan bahan A dan bahan B dalam periuk.
Masak dgn api yg perlahan. Masukkan juga ayam yang di perap td.
Masak ayam hingga suku masak aje...kemudian keluarkan dari periuk utk di panggang. manakala kuah di masak hingga pekat.
sambil panggang ayam tu sapukan kuah atas ayam dan percik2 kan la ayam dgn minyak sket2..percik tu cm use serai ketuk n sapu je atas ayam tu sket2...
panggang ayam hingga kekuningan..
Sedia untuk dihidangkan bersama2 kuah ayam percik td...
note:::mudahkan....mmg sedap resepi ni sebab kuah die sedap dan ayam pn lembut aje....
Agar2 Laici resepi Ibu
Bahan2:
Agar2 serbuk 2 paket
Air sejuk 7 cwn
Laici 1 tin ( tp use air laici aje 2 cwn and laici utk hiasan shj)
Gula kasar 2 cwn
Susu cair 1 tin
Telur 2 biji
Cara-caranya:
Masukkan bahan2 kecuali susu cair dan telur ke dalam periuk kemudian kacau dan nyalakan api perlahan. kacau hingga mendidih.
Dalam mangkuk yang lain sediakan susu cair dan telur yg tlh dikacau.
Bila mendidih masukkan susu cair dan telur tadi dan kacau sebati jangan terlalu lama.
Sediakan acuan dengan laici di dasar acuan sebagai hiasan kemudian tuang agar2 td dalam acuan. sejukkan dan masuk dalam peti ais.. memang sedap di makan sejuk2 dan sesuai utk dessert berbuka puasa..
Selamat Mencuba...
Salam Sayang
Ayunie
No comments:
Post a Comment