Pages

Wednesday 31 December 2014

Good Bye 2014 and Welcome 2015

Assalamualaikum wbt...
pertama sekali aku nk ucapkan rasa syukur alhamdulillah kerana Allah masih mengizinkan aku untuk menghirup udara (oksigen) dibumi ini... Hanya padaMu ku berserah Ya Allah.....
untuk entry kali ni maybe agak sensitif untuk dikongsi bersama namun dapat aku simpulkan bahawa tahun 2014 adalah tahun yang sangat memberi dugaan yang amat besar buat negara Malaysia......Pelbagai isu besar dan boleh aku katakan melibatkan kesedihan, kemusnahan dan kedukaan sehinggalah pada hari ini yakni 31 disember 2014 Malaysia masih digembarkan dgn pelbagai dugaan dan musibah...
Ujian menimpa dan memberi cabaran amat besar buat neara ini sehingga menjadi tumpuan dunia....
sedih! Namun Allah menduga bukan untuk kita melatah dan menuding jari siapa yang salah atau siapa yang harus bertanggungjawab......pada pendapat aku secara individu, sebagai manusia biasa kita perlu membuat perubahan diri dan munasabah diri kita sendiri....
xperlu untuk kita menyibuk dengan peranan orang lain.....sebaliknya kita patut fikir, lihat dan sedar apa peranan kita sebagai manusia dibumi Allah ini serta rakyat kepada negara Malaysia !
Cuba kita imbas semula apakah yang kita sumbangan yang telah kita beri dan laksanakan sebagai seorang manusia dan rakyat?
Jangan kita hanya bijak menuding jari kepada orang lain serta menyalahkan antara satu sama lain sebaliknya marilah kita sama2 bersatu untuk bangkit bersatu untuk meringankan beban masalah yang dihadapi....
bersatu teguh bercerai roboh...pepatah lama ini sangat relevan dengan situasi dan keadaan sekarang ini....
Memang aku sedia maklum banyak kekurangan dalam sesebuah pentadbiran namun manusia itu sememangnya tidak sempurna.....oleh itu kita x boleh nak ubah orang maka kita perlu ubah diri kita....impaknya begini..kenapa kita perlu bersusah payah untuk membetulkan keadaan itu dan ini sedangkan pihak kerajaan sememangnya sudah ada badan/jabatan dan kakitangan sendiri yang akan bermesyuarat dan membuat keputusan atas segala permasalahan serta solusi mereka sendiri...so kenapa kita memeningkan kepala untuk fikir permasalahan negara atau orang lain yang lgsung tidak menginginkan pendapat/cdgn dari kita?pada aku x perlu lah untuk kita nak pening kepala malah menambah dosa dengan mengata itu dan ini seterusnya menumbulkan ketidakpuasan hati...macam kelakar pun ade (menyibuk2 hal orang lepas tu sendiri sakit hati n x puas hati) untuk apa???

oleh itu tahun 2015 yang bakal menjelma tidak kurang 3 jam lagi ini...aku ingin memunasabah pada diri aku sendiri dan pada orang2 diluar sana yang nak ikut saranan aku la ..... agar jadi manusia yang lebih baik....yang sentiasa memperbetulkan diri ke arah yang lebih baik lebih baik dan lebih baik. Sebelum kita menyalahkan orang lain kenapa tidak kita lihat dulu apa salah pada diri kita sebab kita sendiri tak sempurn...

Tahun 2015 ni jugak aku nak lebih dihargai...cewah! sebelum dapat status dihargai kita sendiri yang perlu menghargai orang lain! Yes..itu benar! sebab buat baik untuk mendapat yang terbaik, hargai untuk dihargai....bahagiakan orang itu mendapat kebahagiaan.......kadang kita terlupa nak membahagiakan orang, buat orang happy tapi kita sedih and merajuk sebab orang x bahagiakan kita......macam mana nak dapat kebahagian jika kita hanya mencari kesalahan orang? betul x? dengan pelbagai dugaan/musibah yang menimpa Malaysia tahun 2014 seperti kes2 Flight hilang, meletup, banjir besar yang menimpa pantai timur serta tempat aku sendiri yakni Kuala Kangsar..........aku mula sedar....kadang kita terlepas pandang untuk tunjuk sayang, kasih, cinta kita pada orang yang kita sayang malah orang dihadapan dan disekeliling kita...oleh itu sebekum terlambat baiklah kita tunjukkan kasih sayang dan penghargaan kita buat orang sekeliling dan terdekat kita agar tiada penyesalan dikemudian hari.......Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita semua...
Aku juga doakan agar Malaysia aman sejahtera dan tiada lagi musibah melanda di tahun 2015 ni....semoga tahun 2015 ni penuh barakah...aminnnnn...

to my husband and family...doakan daku selamat melahirkan baby tahun depan......
Daku doakan agar bayi dalam kandunganku ini sihat, sempurna fizikal, cerdas mental dan akalnya, cergas dan menjadi anak yang baik serta soleh utk mama and daddy..mama and daddy akan menanti baby dengan penuh sabar...semoga segalanya dipermudahkan...
2015 jadilah yang terbaik buat kami...be nice to me and us!

Semoga rumah tangga ku makin utuh dan diberkati Allah swt...
Semoga aku dapat jadi isteri yang solehah kepada suamiku, anak yang baik kepada ibubapaku serta mama yang baik dan sempurna untuk baby ku...

oklah......bye!jumpe lagi di tahun hadapan......lagi 2jam 30 minit... now 9.30pm :)
 

Thursday 25 December 2014

Kenduri Doa Selamat 7 bulan

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah pada 13 december 2014 aku dan family dapat menjayakan Kenduri Doa Selamat sempena kandunganku sudah mencecah 7 bulan..terasa masa begitu pantas...rasanya baru sahaja aku disahkan mengandung....hihii..apa2 pun alhamdulillah segalanya selesai dengan jaya atas bantuan, mak, abah, opah dan semua adik beradik, abang ipar dan semestinya suamiku yg tersayang....kebetulan masa tu cuti sekolah dan adik aku yang form 5 tu da abis SPM, so dapatlah kami berkumpul satu keluarga untuk bersama2 menguruskan kenduri ni.. Sebenarnya kenduri ni ringkas sahaja....
Kami buat kenduri ni selepas Asar. Menu juga simple sebab aku yang tak bape larat nak menolong ni cuba sedaya upaya untuk meringankan kerja semua orang...cewah! yang penting semua ada masa ni untuk mendoakan aku...agar segala urusan berjalan lancar, agar semua perjalanan melahirkan anak juga dipermudahkan.

Menu:
1) Pulut Kuning (Opah dan dibantu oleh suamiku yang ditugaskan mengukur kelapa) haha
2) Rendang Ayam - Mestilah rezeki ibu dan dibantu adik beradik yg lain ...
3) Bihun Goreng (Tempah kat kawan ibu yang ada kedai makan tu)
4) Kuih-muih - Karipap, agar2 & puding jagung
5) Buah2an - Tembikai & rambutan (rambutan ni dr pokok ibu kat depan umah tu...berbuah pulak die time ni...alhamdulillah,, rezeki semua orang)

Thanks everyone yang datang menjayakan Kenduri Doa Selamat aku ni....
Terima kasih juga pada orang-orang2 kampung yang mendoakan saya....
Syukur Alhamdulillah :)

Keesokan harinya sempat jugak kami buat laksa bersama2..lame x makan laksa with family, lagipun ibu pernah ckp nak buat laksa...sempena semua orang ada berkumpul ni kite makan la laksa..hihiii..best2
petang tu aku dan suami balik ke kampung suami di kedah.....lepas berkahwin ni memang cuti panjang pun terasa pendek dan x cukup bile kene devide 2 kampung....tapi syukur jugak sebab kampung kami 2-2 di utara.....and x ade la jauh sangat..so boleh jugak balik 2-2 kampung dalam sekali harung...syukur2..kalo satu di utara satu di selatan lagi haru biru...cewah! Masa otw tu kami sempat singgah di Kuala Kangsar dan dapat beli tilam kekabu baby dan bakul....comey2...

ok tu je perkongsian kali ni...bye