Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah pada 13 december 2014 aku dan family dapat menjayakan Kenduri Doa Selamat sempena kandunganku sudah mencecah 7 bulan..terasa masa begitu pantas...rasanya baru sahaja aku disahkan mengandung....hihii..apa2 pun alhamdulillah segalanya selesai dengan jaya atas bantuan, mak, abah, opah dan semua adik beradik, abang ipar dan semestinya suamiku yg tersayang....kebetulan masa tu cuti sekolah dan adik aku yang form 5 tu da abis SPM, so dapatlah kami berkumpul satu keluarga untuk bersama2 menguruskan kenduri ni.. Sebenarnya kenduri ni ringkas sahaja....
Kami buat kenduri ni selepas Asar. Menu juga simple sebab aku yang tak bape larat nak menolong ni cuba sedaya upaya untuk meringankan kerja semua orang...cewah! yang penting semua ada masa ni untuk mendoakan aku...agar segala urusan berjalan lancar, agar semua perjalanan melahirkan anak juga dipermudahkan.
Menu:
1) Pulut Kuning (Opah dan dibantu oleh suamiku yang ditugaskan mengukur kelapa) haha
2) Rendang Ayam - Mestilah rezeki ibu dan dibantu adik beradik yg lain ...
3) Bihun Goreng (Tempah kat kawan ibu yang ada kedai makan tu)
4) Kuih-muih - Karipap, agar2 & puding jagung
5) Buah2an - Tembikai & rambutan (rambutan ni dr pokok ibu kat depan umah tu...berbuah pulak die time ni...alhamdulillah,, rezeki semua orang)
Thanks everyone yang datang menjayakan Kenduri Doa Selamat aku ni....
Terima kasih juga pada orang-orang2 kampung yang mendoakan saya....
Syukur Alhamdulillah :)
Keesokan harinya sempat jugak kami buat laksa bersama2..lame x makan laksa with family, lagipun ibu pernah ckp nak buat laksa...sempena semua orang ada berkumpul ni kite makan la laksa..hihiii..best2
petang tu aku dan suami balik ke kampung suami di kedah.....lepas berkahwin ni memang cuti panjang pun terasa pendek dan x cukup bile kene devide 2 kampung....tapi syukur jugak sebab kampung kami 2-2 di utara.....and x ade la jauh sangat..so boleh jugak balik 2-2 kampung dalam sekali harung...syukur2..kalo satu di utara satu di selatan lagi haru biru...cewah! Masa otw tu kami sempat singgah di Kuala Kangsar dan dapat beli tilam kekabu baby dan bakul....comey2...
ok tu je perkongsian kali ni...bye
No comments:
Post a Comment