Pages

Thursday 24 January 2013

ragam rumah tangga

Assalamualaikum wbt....

Dimulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim....

Syukur alhamdulillah, harini dpt lg kite bersujud pada yang Maha Esa....ambillah kesempatan yang ada ini untuk bersujud pdNya.......mari lah kita sama2 panjatkan rasa syukur pada Allah swt dengan nikmat dan kurniaanNya memberikan kita rezeki sehingga kita dapat hidup dengan aman, perut yang kenyang, badan yang sihat, keluarga yang baik, masyarakat yang harmoni dan bermacam2 nikmat lagi.....AllahuAkhbar!

Hari ini saya hendak menulis berkaitan hal suami isteri di dalam rumah tangga...Hal ini kerana, saya amat tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berkaitannya agar rumah tangga saya dan org2 diluar sana mendapat kebahagian serta keberkatan di dunia dan di akhirat. Oleh itu ada sedikit research yang saya lakukan melalui pembacaan buku, blog rakan2, pemerhatian dan pengalaman. Walaupun pengalaman saya dlm berumah tangga masih kurang (bkn setahun jagung pun lagi....masih x smpai setahun) namun saya risau dgn keadaannya mengenangkan ombak gelora rumah tangga ini begitu dasyat sekali yang saya kira amat perlukan ilmu agama dlm melayari bahtera ini...In sha Allah, semoga research ini dpt memberikan saya ilmu yang amat berguna utk saya jadikan manfaat dan teladan utk masa ini dan masa hadapan khususnya.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, saya diberikan jodoh oleh Allah swt dengan suami sy.. Beliau seorang yang sangat baik, makanan yg saya masak sering dipuji dan dihabiskan, sering membuat hati saya gembira dan ketawa, seorang yang bijak mengambil hati orang tua, seorang yang rajin bekerja, rajin juga membantu mengemas rumah dan di dapur......................syukur Alhamdulillah.....
cuma kami masih belum dikurniakan cahaya mata oleh Allah swt... sy redha dgn ujian Allah ini walaupun sudah 8bln lamanya kami berumahtangga.....apa penting buat saya adlh saya perlu bersangka baik pada Allah, in sha Allah ada rezeki kami mendapat zuriat suatu hari nanti dari Allah swt....ada juga tips2 dan panduan islam yang saya laksanakan tp in sha Allah akan sy kongsikan tips nya di ruangan yang lain.....

so: cerita kali ini adlh: Jika ade salah faham yg comel2 (kecik2) mcm penat/kurang ceria..so cmne nk handle?ape yg spttnya kite lakukan??

alaaa..bak kata pepatah

 "masakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri"

sememangnya hidup berumah tangga ini mmg byk dugaan, kadangkala kita happy, kadang2 kita sedih, terasa, terguris....itu semua adat resam berumahtangga...ia bukan 1 hal yang besar, namun kesannya sgt mendalam sehingga membuatkan hati kita ini sgt tersentuh dan bersedih....Kita sudah mencuba untuk menanam sifat2 yang baik dlm berumah tangga seperti solat berjemaah, makan bersama, berkomunikasi dan luangkan masa bersama seperti menonton tv, beriadah dll. Namun, ada juga hal2 yang kecil ini membuatkan hati kita terluka dan merasakan rumah tangga kita bergoyang...


Kenalpasti peranan dan tanggungjawab suami dan isteri
1. Tanggungjawab suami:
- Memberi sara hidup kpd isteri spt makanan dan tempat tinggal
- Memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri dgn baik
- Menyara anak2
- melindungi isteri dan anak2 dr aspek keselamatan dan kesihatan
- Melindungi maruah keluarga
- Membimbing isteri dgn ajaran islam
- Bertanggungjawab mendidik akhlak anak
- Menjadi penasihat dlm menyelesaikan mslh rumah tangga

2. Tanggungjawab Isteri
- Menjaga kehormatan diri
- Patuh arahan suami
- Menumpukan sepenuh kasih sayang kpd suami dan anak2 
- Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan suami dan anak2 
- Menjaga amanah dan harta suami
- Menyimpan rahsia pergaulan suami isteri
- Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali darurat)
- Berhias diri hanya utk tatapan suami sahaja.

setelah mengenalpasti peranan dan tanggungjawab suami dan isteri kita juga perlu ada ilmu bagi menguruskan rumah tangga yang cemerlang dan bahagia..
...

Meskipun seorang suami mempunyai hak kepimpinan terhadap isterinya sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Taala. ”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan atas sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (laki-laki) menafkahkan sebahagian harta mereka...” [TMQ an-Nisa’(4):34 ].

Dalam ayat ini menunjukkan bahawa peranan suami sbg pemimpin terhadap isteri di dalam rumah tangga bukan beerti menjadikan dirinya bleh bertindak sesuka hati seperti pemimpin yang langsung tidak boleh melanggar segala perintahnya. Kepimpinan suami didalam rumah hanya berlaku dlm pengurusan dan pengelolaan rumah tangga sahaja, bukan hal pemerintahan  dan kekuasaan didalam rumah tangga. Oleh itu seorang isteri berhak menjawab ucapan suaminya, memberikan pendapat, berbincang dan berbahas apa sahaja yang dikatakanya. Hal ini kerana pada dasarnya dua orang ini adalah dua sahabat dan bukannya pemerintah dan diperintah. 

Saya pernah mendengar cerita dari seorang ustaz, jika tidak salah ustaz don yang menceritakan ttg seorang lelaki yang asyik kena bebel dgn isterinya. (saya ringkaskan cerita ini ye...cerita lanjut boleh baca di blog ini). Lelaki tersebut asyik kena bebel dgn isterinya dan mereka sering berbalah. Disebabkan dia tidak tahan dengan isterinya yg kuat membebel lantas dia ingin menceritakan kpd Umar  al khattab r.a. ttg mslhnya. Sesampai sahaja di rumah Saidina Umar, lelaki tersebut terdengar suara isteri umar juga sdg membebel namun tidak pula kedengaran suara Saidina Umar menjawab bebelan tersebut. Sebaik sahaja lelaki tersebut hendak pulang kerana tidak jadi mengadu kpd umar yg juga mdpt nasib yg sama, tiba2 saidina umar ternampak dan menegurnya. Lelaki tersebut berkata aku mahu mengadu kpd mu ttg isteriku yg kuat mbebel, ttp aku tdgr isterimu juga membebel kpdmu jadi aku tidak jadi untuk mengadu kpdmu Umar.
 Umar menjawab:

“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama 
(nanti akan baik sendiri).”

Ustaz Don ckp: Wanita membebel  pasti ada sebabnya, suami ada kelebihannya sendiri, isteri juga ada sesetengah hal rumah tangga yang dia lebih bijak menguruskannya.Contohnya spt mengemas, memasak, menguruskan pakaian dsginya, jadi biarlah isteri membebel. Biasanya membebelnya utk menasihati dan mendidik keluarga mjadi lebih baik.

saya: saya jarang membebel...really!!! kecuali orang usik dan meminta sy utk membuka mulut maka muncul pembahas negara...hihiiii...harap2 dpt dipendekkan perbahasan dan syarahan itu nti wpun jarang2 kedengaran...

begitu la serba sedikit ttg tips rumah tangga. yang penting kita perlu kenali pasangan kita, bila da kenali apa yang dia suka dan tak suka maka mudah lah nk menguruskan rumah tangga...
cth: saya x suka pergi tempat2 yang sesak...

Namun dlm pada itu, wanita itu kaum yang cepat tersentuh, beremosi dan kuat merajuk. oleh itu nasihati kami dengan baik dan lembut. jangan la berkasar dengan kami...

Hadis Rasullulah mengatakan, 
“Nasihatilah perempuan dengan cara yang baik! Perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk, sementara yang paling bengkok itu bagian teratasnya. Jika engkau bersikeras meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika engkau membiarkannya, ia akan bengkok selamanya. Maka nasihatilah perempuan dengan cara yang baik!” 
(HR Bukhari, Muslim, Ibnu Abi Syaibah, dan Baihaqi)

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pula kata:
Jika isteri merajuk kena cepat2 pujuk 
tp jika suami merajuk tinggal2 kan,,,biar rajuknya surut dan bg masa utk berfikir 

Semoga penulisan ini memberi tunjuk ajar kepadaku dan suami membentuk keluarga yang berbahagia...
Semoga perkongsian ini juga bermanfaat kepada saudara dan saudari yang membacanya. Walaupun hal nya hanya sekecil zarah, rajuk nya hanya sementara namun kita perlu tahu penyelesaiannya agar tiada pengulangan, tiada lagi hati terguris dan seterusnya dpt menjaga rumah tangga kita dgn terdidiknya budi perkerti yang baik berlandaskan agama islam...
in sha Allah....

"Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku"

Wednesday 23 January 2013

Hari yang indah.....

Assalamualaikum wbt...

SubhanaAllah....Maha suci Allah..indahnya terasa pagi ini...pagi yang indah cuacanya, tidak begitu panas dan tidak begitu redup.Jam 1145.....kalau saya nk nyatakan sini apa yg terlintas dlm fikiran sy adlh suasananya sgt 'lembut'...x tahu lah nk describe bagaimana.......sambil menaip sambil mendengar lagu dendangan dari Hafiz Hamidon (Konsert Terapi Diri) di TVAlhijrah.... 

Hari ini 12 Rabiulawal 1434H, Salam Maulidur Rasul...Hari kelahiran baginda Rasul Allah Muhammad صلى الله عليه وسلم . Pimpinan umat yang amat kami rindui.....sifatnya yang baik budi  pekertinya menjadi contoh dan teladan buat semua manusia dimuka bumi ini.....
Alhamdulillah..Ya Allah kita masih lagi bernafaz dibumi ini hari ini....Syukur Alhamdulillah..
Saya minta maaf kerana tidak menyertai perhimpunan Maulidurr Rasul 1434H yang terdapat banyak di masjid2 berdekatan....saya seorang di rumah, suami pn bekerja harini....ada sedikit persoalan tertanya, adakah tidak menyertainya saya tidak sayang nabi?
Ya Allah Ya Allah Ya Allah.....saya sayang Nabi saya...Nabi Muhammad SAW....
 jgn la berkata begitu....sedih hati ini....ok2

Bagaimana nak menunjukkan rasa kasih dan sayang pada Rasulullah?
1. Perbanyakkan selawat pada Nabi Muhammad SAW.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
2. Perbanyakkan membaca AlQuran
3. Mengikuti sunnah Rasulullah SAW
4. Menjadikan Rasulullah sebagai ikon ummah
5. Berperibadi baik seperti Rasulullah. 
6. Banyakkan membaca sirah nabi.
7. Berpuasa sunat -- 
Alhamdulillah hari ini khamis maka saya berpuasa demi memperingati baginda...
    sayang nabi rindu nabi.....semakin banyak membaca ilmu ttg nabi semakin byk mengalir air mata...sungguh aku leka dan alpa selama ini....Astagfirullahalazim..



kesimpulan:
Kesimpulan yg dapat sy buat disini adlh...kita perlu tanam sifat sayangkan Rasulullah dalam diri kita dan keluarga kita....Kita kenali Rasul dengan baik, banyakkan membaca sirah2 nya, dari awal kelahiran sehingga nabi wafat, pasti kita tidak akan langsung terfikir nk membuang masa walaupun nak tengok rancangan2 TV yang mengarut lagi melekakan...kesannya kita akan lebih cintakan ilmu, ibu bapa, diri kita, keluarga, masyarakat sekeliling dan seterusnya muka bumi ini.....jika kita sayang Allah dan RasulNya maka kita tidak akan langsung terfikir nak buat perkara yang tidak baik.....
Disini saya nak berkongsi satu pesanan Rasulullah agar kita sentiasa terpelihara dr melakukan perkara tdk baik...

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم berpesan pada kita "jangan marah"......

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”

 Oleh itu mari kita cuba sama-sama untuk kurangkan rasa marah dan seterusnya menghilangkan terus sifat marah ini dalam diri kita. Semoga kita menjadi insan yang lebih, lebih baik dan lebih baik....
In sha Allah........

moga bermanfaat...

1434H

Assalamualaikum wbt....

Salam Maulidur rasul 1434H....esok (Khamis bersamaan 12 Rabiul awal 1434H - 24 Januari 2013) adlh hari bagi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW..Nabi junjungan besar Allah SWT...Mari kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW...Mari kita pupuk rasa cinta kita pada Nabi kita yang sangat sayang dan cinta kan kita...
Allahhu Akbar....
sungguh, ilmu saya sangat cetek berbanding org2 diluar sana....coretan blog ini ingin saya lakarkan bagi mengingati dan menginsafi diri saya yang banyak alpa dan lalai dengan dunia yg moden dan maju dikala ini.......Astagfirullahalzim...
 sebagai orang biasa, saya juga pernah buat salah (semua org juga pernah buat salah)
oleh itu saya terpanggil untuk menulis diblog ini setelah mendengar beberapa slot dari rancangan 30minit bersama Ustaz Don...ingin saya beritahu disini..sungguh rasa kecil diri ini apabila mendengar ustaz don menceritakan ttg sirah Rasulullah SAW dari kelahiran Nabi SAW sehingga wafat...mungkin beginilah cara yang patut dilaksanakan guru2 diluar sana untuk menyampaikan ilmu..yakni ikhlas dan berkesan didalam jiwa...
Terima kasih Ustaz Don ttg penyampaian yang sungguh berkesan untuk saya dan in sha Allah untuk keluarga saya dan masyarakat sekalian:
saya kongsikan 1 slot bagi memudahkan kalian mendapat informasi..saya juga belajar sikit2 melalu blog2 rakan bloggers.....terima kasih semua..


Dikesempatan ini saya nak mengingatkan diri saya bahawa:
Sebagai seorang insan yang lemah didunia yang penuh dugaan ini saya perlu cinta dan sayangkan Rasullullah SAW kerana Rasulullah SAW sangat sayangkan umatnya.....
Antara perkataan sebelum nabi wafat ialah "ummati, ummati....ummati"
umatku...umatku..umatku..... Nabi SAW masih mengingati umat2nya, risau ttg umatnya walaupun di saat hembusan nafas nya terakhir...

Nabi juga pernah  menyatakan dalam satu hadis bahawa....
"Bahagialah siapa yang melihatku dan beriman kepada ku" kemudian nabi menyebut 3 kali
"Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihat kepadaku tetapi beriman kepadaku"

kita la antara umat nabi yang tidak sempat melihat nabi...oleh itu marilah kita sama2 perbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW...

apa alasan kita taknak sayang pada nabi?kenapa? Astagfirullahalazim..kerdilnya diri ini,,,terasa diri ini sangat kurang ilmu didada..
tetapi..hari ini, 
saya berjanji pada diri saya sendiri dan saya telah tulis dalam jurnal inspirasi hasil nukilan Prof. Dr. Muhaya....saya berjanji untuk memperbanyakkan belajar ilmu2 agama melalui kuliah, program seminar, pembacaan atau program televisyen, program motivasi dan sebagainya.saya perlu catatkan dan amalkan...semoga diri saya berubah menjadi yang lebih baik. In sha Allah..
Saya ingin ingatkan diri saya sendiri agar sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai Idola untuk melaksanakan hari-hari yang penuh dugaan ini..Dengan kata lainnya.....contohi rasulullah saw....macam mana kita nak tunjuk kita kasih, kita sayang pada Rasulullah SAW?
1. Ikuti sunnahnya
2. Didik diri kita dan keluarga kita mengikut cara Rasulullah SAW..


p/s: Ustaz Don selalu pesan: Jangan lupa selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas mendengar nama Nabi SAW disebut......Ia untuk memberkati majlis dan takut malaikat kata celaka kat kita kalau kita tidak berselawat pada Nabi SAW...

sekian :)
yang buruk itu dtg dr diri sy sendiri dan yang baik itu dari Allah SWT...
terima kasih


Monday 21 January 2013

Bersyukur dgn nikmat dan kurniaanya...

Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya macam2 nk cerita dlm blog ni...dan kebanyakan  ttg kehidupan daku skrg ini.
Aku x pasti apakah yg terjadi pd aku 2013 ni?

Aku semakin terasa diriku tiada perancangan....seakan-akan hari-hari yang aku lalui tiada permulaan mahupun penghujungnya.....huh!dasyat sekali ayat dan penceritaan aku hari ini yea...

Pelbagai persoalan keluar dari otak dan pemikiran ku ini...apakah?mengapa?bila?bagaimana?dimana?
banyak tu persoalan yang timbul dan melantun2 keluar dr benak pemikiran ini...sungguh aku tidak dapat menjawabnya...kadangkala air mata aku mengalir sendiri...

Tapi....apa yang pasti dan yang perlu aku laksanakan skrg ini adlh, aku perlu bersyukur ke hadrat Ilahi...
Berdosa kah daku apabila banyak persoalan2 yang timbul di benak pemikiranku ini walhal Allah telah memberiku manfaat, nikmat kehidupan yang baik dan selesa,,,,aku perlu bersyukur, aku perlu menikmati setiap saat nafaz ini menghirup udara dan oksigen dari Allah SWT..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah...Maafkan daku Ya Allah atas ke alpaan ku...

Jika kita sentiasa memastikan setiap saat dan masa kehidupan kita bermanfaat, berfaedah dan baik untuk semua orang maka Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan memberi perkara yang jauh lebih baik utk kita. In sha Allah... 
(sumber: blog Prof. Muhaya)

persoalannya bagaimana agaknya saya dapat berbuat baik pada semua org....

ok2,,,,utk melaksanakan sesuatu maka kite perlu bermula dari sekecil2 perkara baru lah mudah utk mempraktikkannya...Saya percaya setiap orang akan ada sifat2 positif dan sikap yang baik dlm dirinya....
dan saya percaya saya juga memilikinya dan saya akan berusaha menjadi orang yang baik, menghormati hak orang lain, sentiasa berpandangan positif dan akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan....
dan yang penting adlh sy mahu menjadi isteri yang solehah buat suami saya......
Isteri yang sentiasa mentaati dan menyenangkan suami.....
In sha Allah saya akan laksanakan demi kebaikan keluarga kami dunia dan akhirat.....
.



Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Maksudnya: Empat perkara siapa dikurniakannya maka sesungguhnya dikurniakan kebaikan dunia akhirat, lidah yang sentiasa berzikir, hati yang sentiasa bersyukur, sabar atas segala ujian yang diberikan Allah dan isteri yang tidak mengkianati suaminya sama ada pada maruah diri dan harta.”


Semoga bermanfaat :)

Sunday 20 January 2013

Dessert with aiskrim..yummy!!!

Assalamualaikum wbt, 

bile sudah start menulis mcm best plak dpt menconteng2 dlm blog daku ni..apa salahnya kan, kite memenuhkan ruangan blog sendiri sambil bercoleteh itu dan ini.....dua post saya sebelum ni berkisar ttg makanan dan resepi2 yg saje2 nk share...tp betul lah, bile nak masak ni mmg kene kreatif sikit...tambah2 bile dah menjadi isteri kepada suamiku ini...Alhamdulillah suami ku bukan seorang yg banyak hal ttg makanan, so saya x risau untuk mencuba masakan2 baru dan memperluaskan lagi skill memasak serta menkreatifkan makanan yg bakal ku hidangkan...cewah!Terima kasih suamiku ....

tadi saya tengok tv..ala kat myfavourite channel 727 tu la kan..mmg simple aje die buat aiskrim (dessert).
Nanti boleh la saya nak cuba buat,,,nama yang saya beri kan adlh "Icecream fruti 4 layer" ...haha..tp kene ada bekas cantik2 dulu baru la best nk susun atur aiskrim tu dlm bekas..nti la p cari kat ikea ke JJ pn boley kannn....dia hanya susun atur (layer) aiskrim tu dengan biskut (yang da dihancur2kan), buah beri (maybe kite boleh tukar dgn strawberry, apple potong2 dadu ---apa2 la, fikir la kreatif sikit kan), brown sugar n aiskrim...yummmy....
siap da 1 desert....

Desert yang kedua nk tulis dulu b4 lupa adlh --- saya bagi nama sendiri aje la, x best la tiru omputeh punye nama...."Aiskrim pisang manis"...eceh....saya bagi aje la, nanti da buat in sha Allah daku update sini yea.....
mudah je buat desert ni, selalunya kite buat pengat pisang kan..haaa....orang2 lame macam ibu and abah daku mmg suke la buat pengat pisang ni.......anak2 nya suke makan aje,,,hik2..ok2..yang saya tengok td tu lebih kurang macam pengat pisang la die buat, cuma x ade santan..

Mula2 masuk kan butter (cairkan), kemudian gula merah (gula kabung lg bagus),
lepas tu sume da cair masukkan pisang .....haaa...biarkan pisang tu lembut2..kalau nk tambah air sikit pun x pe, kemudian kite angkat.....makanan ni sesuai mkn dgn aiskrimm, kalo ade hagen daz lagi best...sejuk campur panas,,,baru la selera kan........desert simple n best di petang hari....yummy <3
Selamat mencuba.....

oklah...stop2 dgn resepi...sebenarnya nk cerita ttg Kota Kinabalu yg ku kunjungi sewaktu honeymoon bulan Mei 2012...mmg best...tp x sempat nk berkongsi pengalaman di KK yang indah dan permaiii di dalam blog daku ini...mmg syiok laaaa pegi KK, in sha Allah hari sabtu ni fly g KK lagi,,kami rindu...mr.hubby dah book tiket,,,,sabar aje la,,mmg kami kaki jalan,,,so x dapat da nak tahan kaki ni,,,cewah,,,doakan perjalanan kami selamat yea...in sha Allah...

bye, see u next post...

Tuesday 15 January 2013

Pai Potato Daging

Assalamualaikum wbt,,

Baru2 ni sy mencuba resepi yg belum pernah saya buat...nama nya beef potato pie...saya dpt resepi ni dari rakan2 facebook, ternyata sekarang ni semuanya di hujung jari anda....click aje  makanan yg anda terfikir nk makan, kemudian anda boleh order for delivery atau cari aje resepi dan terus ke dapur dan buat....sejak berkahwin ni saya lebih suke buat je makanan yang sy teringin nak makan berbanding delivery order...sebab nya saya akan dapat lebih byk ilmu memasak...hihii....sy mmg suke mencube2 masakan2 baru..tambah2 yg moden, sedap dan mudah...

 ini la hasil pie aku....

nmpak garing sikit kan sbbnye sy tlupe nk adjust function api oven kpd atas bawah....sy gune api bwh..masa tu kelam kabut nk buke puase..ish2...da 15 minit baru tersedar api tu setting bawah aje...akibatnye yg bawah garing sikit..tp dont worry inti mmg sedapppp....actually nmpak aje garing n mcm keras tp pastri tu x keras sgt pn...tambah2 mkn esoknye n kte panaskan dgn microwave mmg lembut n sedap...alhamdulillah..percubaan pertama menjadi....eh2, lupa nk bg kredit kat mr.hubby yg tlg saya canai pastri bg nipis2 n letak cantik2 kat bekas pie tu...mmg cantik aje hubby buat, yg kat atas tu sy yg buat sbb da x sempat.....smbil masak dinner smbil buat...hehee...ini la hasilnya...makan sendiri mmg tetap sedap la..rahsianya...inti kene la sedap ye....

ini pula pic 1 slice utk mr.hubby bawa pergi keje...
letakkan dlm bekas yg safe microwave, panaskan 1minit dan siap untuk bekalan suamiku...mmg bile masuk microwave ni pastri jd lebih lembut...sedapp2..

ok ni resepi nya agar daku x lupa n boleh buat lagiii....in sha Allah

Resepi Pai potato daging yang lazat and simple

Pastri:
- 5 cawan tepung gandum
- 150gm butter yg keras
- Garam secubit
- Air ais 3-4 sudu

Inti:
- Daging cincang 1 paket
- Ubi kentang 3-4 biji
- Herbs (Oregano, rosemary, thyme, blackpaper) serbuk ni aku beli yg da siap campur daun2 herbs nya...
   so mudah la kan, rasa die pun x de la terlebih ke mana2 herba nya..
- Susu 1/3 cawan @ cooking cream
- Garam
- Bawang Besar Holland 2 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Air

Cara-caranya:
1. Potong butter yang keras jd kiub kecil2 dan gaulkan dlm tepung serta secubit garam. Gunakan garfu dan
    pastikan semuanya sebati sama texturenya mcm bread crumbs. Terlerai2 gituuu. jika terxture da tepat
    x perlu tambah butter lagi, so tambahkan air sedikit2 dan gaul sehingga tepung x melekat dan boleh
    di uli. Masukkan dlm peti sejuk selama 20 minit.
2. Tumis bawang yang dicincang dadu. Kemudian masukkan kentang yang di cincang dadu bersama daging
    cincang. Kacau dan tambah air. Biar sampai empuk. Masukkan herbs mengikut citarasa masing2 garam
    susu. (utk rasa lbh lemak).
3. Pastikan inti x terlalu berair atau kering.
4. Canai adunan pastri dan letakkan dalam bekas pie. Canai bagi agak nipis dan sekata.
    (Jangan tebal2 nti x sedap). Letakkan inti ke dalam pastri td. kemudian tutup dgn pastri yang lain.
    Rapat2 kan pastri dan tekan sekeliling nya dgn garfu atau buat corak. Toreh2 pastri atau cucuk supaya
    ada udara yang masuk. Sapu kan telur di atas pie tadi.
5. Sebelum itu panaskan oven 15 minit dengan suhu 180 darjah.
6. Masukkan pie dan bakar selama 30 minit hingga garing.

Senang aje kan....

Must TRY!

Krim Limau Trifle :)

malam ni nk share ttg resepi mudah yg daku tgok kat tv channel FoodNetworkAsia...walaupun sdg masak sempat jugak aku merekod rancangan Mexican Easy di channel tersebut.....

ok la, x nk cerita lebih2..aku cume nk share n salin resepi tersebut sebelum aku terlupa...
sebelum tu kite tgok dulu picture yg daku ambil dari laman webchannel FNA.



yummmyyy..nmpak sedap kan...must tryyy!!!

ok, tiba masa nk share resepi yg mudah ni...

Lime Cream Trifle

Bahan2 nya:
- Susu pekat manis (1 tin)
- Susu cair (1 tin)
- limau nipis / lime
- Biskut marie 1 paket
- plastik wrap

 Cara-caranya:
Perahkan limau lebih kurang 2 biji dlm blender, kemudian masukkan susu pekat manis dan susu cair. Blend sampai jadi sebati dan smooth.
Ambil bekas kaca yang cecantik, aturkan biskut mari satu layer kat permukaan bawah sekali, lepas tu letakkan cream yang kite blend td, kemudian letak semula biskut marie..begitu seterusnya sehingga menjadi beberapa layer.....lebih kurang 3/4 layer ok laaa....opsss lupe nk bagitahu.....kalo ikut chef tu td die ade parut2 sikit kulit limau tu bagi color2 hijau...sikit2 aje after letak cream tu.....
setelah siap, hiris la limau tu letak kat atas trifle macam pic di atas...
letak wrapping plastic agar x becampur bau2 kat dalam peti sejuk  kite tu......then simpan dlm peti sejuk kite 2-3 jam dan sebaiknya semalaman..........

tengok dia makan td, mmg lembut n sejuk aje, tekstur mmg lembut aje....apa2 pn x salah kan kite nk cuba..mudah sgt...

Selamat Mencuba......saya pun nk buat nti....kalo da buat nanti saya update sini.. 
in sha Allah...

kuih kacang vs bubur kacang

Assalamualaikum wbt..

Percutian selama 1bulan setengah di isi dgn pelbagai aktiviti menarik yg amat berfaedah bagiku....bagi daku la bukan org lain..hihii...mmg best dpt rehat kan minda yg stress dan penuh serta sarat dgn masalah opis....bangun pagi sembahyang, baca alquran, tengok tv sambil buat breakfast, kemas rumah, rehat balik, basuh kain jemur kain, rehat n tgok tv balik, masak lunch, lepak2 husband pun balik....haaaa...happy x dunia ini???hihii....so channel kegemaran sekarang adlh TValhijrah (pagi2), HBO, FMP, Foodnetworkasia, DIVA....haisshhh...dunia2..yg best nye sbb ilmu bertambah sbb ade masa utk membaca, menonton dll....so x stresss..relakss aje....sgt amat menikmati nyaaa....

so arini tanpa di sangka2 saya berkongsi resepi yg telah di carik2 dlm google, blog rakan2.....
disebabkan saya mengetahui kelemahan diri ini yg tidak byk ilmu dlm bab2 masakan ni kan....jadi di zaman moden ni maka ada baiknya jika saya letakkan resepi2 yg pernah saya buat kat blog ni...takut2 terlupa bile nk buat lain kali....so better put kat sini....

masakan yg aku buat ni biasa2 aje. cuma baru pertama kali nk mencube..ini kuih tradisional sebenarnya tp saya mmg x pernah buat.....balik kerja td hubby beli santan, apalagiiiii die suh saya buat bubur kacang kegemaran die tu la...bubur kacang ni mmg dah biasa di buat.........mmg ade stock kacang kat rumah ni..hihi..cuma kat KL ni beli santan time nk guna or ade request makanan dr en.hubby baru la beli kan...

memandangkan saya ni suka biasa2 aje makan bubur kacang....maksudnya kalau nk buat utk diri sendiri tu x ade la kerap sgt nk buat kan.....ade la kot 2 kali setahun baru buat...tp disebabkan kegemaran mr.hubby maka agak kerap juge buat bubur ni semenjak lps kawen ni haaa......da jadi pakar da...ewah~! 

soooo....saya pn ape lagi....amik separuh kacang yg dah di rebus tu saya separate ke periuk lain.....
sebab saya nk buat kuih kacangggg..

Resepi Kuih Kacang:
Bahan A
- kacang hijau 1 cawan
- gula 1 cwn
- tepung gandum 3 sudu
- kelapa parut
- air secukupnya
caranya: rebus kacang sampai lembut n pecah2...kemudian air masukkan gula, tepung gandum, kelapa parut dan gaul2 sampai likat dan pekat...kemudian sejuk kan dan masukkan dlm peti sejuk. biarkan saja semalaman agar mudah di bentuk...

Bahan B (tepung gorengan)
- tepung beras
- tepung jagung
- kunyit
- garam secukup rasa
- air
caranya: buat aje macam tepung goreng pisang. cuma pekat sikit la...
selepas bahan2 A da dibentuk bulat2 kemudian sapukan tepung gorengan td disekelilingnya dan goreng dalam minyak yang panas..opsss, minyak tu jgn terlalu byk smpai tenggelam kuih tu, nanti pecah berkecai...agak2 je la k...

ni la kuih kacang yg saya da siap buat...x sangka plak jadi..bangge pun ade,,hahaa..motivasi diri ble jadi makanan yg di imagine kan + dpt kredit from mr.hubby...thanks mydear..enak di makan di waktu petang bersama2 teh panas di musim hujan ini....

thankssss

sekian sahaja...bye