Assalamualaikum wbt...
SubhanaAllah....Maha suci Allah..indahnya terasa pagi ini...pagi yang indah cuacanya, tidak begitu panas dan tidak begitu redup.Jam 1145.....kalau saya nk nyatakan sini apa yg terlintas dlm fikiran sy adlh suasananya sgt 'lembut'...x tahu lah nk describe bagaimana.......sambil menaip sambil mendengar lagu dendangan dari Hafiz Hamidon (Konsert Terapi Diri) di TVAlhijrah....
Hari ini 12 Rabiulawal 1434H, Salam Maulidur Rasul...Hari kelahiran baginda Rasul Allah Muhammad صلى الله عليه وسلم . Pimpinan umat yang amat kami rindui.....sifatnya yang baik budi pekertinya menjadi contoh dan teladan buat semua manusia dimuka bumi ini.....
Alhamdulillah..Ya Allah kita masih lagi bernafaz dibumi ini hari ini....Syukur Alhamdulillah..
Saya minta maaf kerana tidak menyertai perhimpunan Maulidurr Rasul 1434H yang terdapat banyak di masjid2 berdekatan....saya seorang di rumah, suami pn bekerja harini....ada sedikit persoalan tertanya, adakah tidak menyertainya saya tidak sayang nabi?
Ya Allah Ya Allah Ya Allah.....saya sayang Nabi saya...Nabi Muhammad SAW....
jgn la berkata begitu....sedih hati ini....ok2
Bagaimana nak menunjukkan rasa kasih dan sayang pada Rasulullah?
1. Perbanyakkan selawat pada Nabi Muhammad SAW.
2. Perbanyakkan membaca AlQuran
3. Mengikuti sunnah Rasulullah SAW
4. Menjadikan Rasulullah sebagai ikon ummah
5. Berperibadi baik seperti Rasulullah.
6. Banyakkan membaca sirah nabi.
7. Berpuasa sunat --
Alhamdulillah hari ini khamis maka saya berpuasa demi memperingati baginda...
sayang nabi rindu nabi.....semakin banyak membaca ilmu ttg nabi semakin byk mengalir air mata...sungguh aku leka dan alpa selama ini....Astagfirullahalazim..
kesimpulan:
Kesimpulan yg dapat sy buat disini adlh...kita perlu tanam sifat sayangkan Rasulullah dalam diri kita dan keluarga kita....Kita kenali Rasul dengan baik, banyakkan membaca sirah2 nya, dari awal kelahiran sehingga nabi wafat, pasti kita tidak akan langsung terfikir nk membuang masa walaupun nak tengok rancangan2 TV yang mengarut lagi melekakan...kesannya kita akan lebih cintakan ilmu, ibu bapa, diri kita, keluarga, masyarakat sekeliling dan seterusnya muka bumi ini.....jika kita sayang Allah dan RasulNya maka kita tidak akan langsung terfikir nak buat perkara yang tidak baik.....
Disini saya nak berkongsi satu pesanan Rasulullah agar kita sentiasa terpelihara dr melakukan perkara tdk baik...
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم berpesan pada kita "jangan marah"......
“Sesungguhnya
marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau
melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang
mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu
dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk
menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”
Oleh itu mari kita cuba sama-sama untuk kurangkan rasa marah dan seterusnya menghilangkan terus sifat marah ini dalam diri kita. Semoga kita menjadi insan yang lebih, lebih baik dan lebih baik....
In sha Allah........
moga bermanfaat...
No comments:
Post a Comment