Assalamualaikum wbt,
Demi Allah...
inilah perkara yang sering berlegar2 dlm otak & minda aku saat ini...
"tentang kerjaya aku"
ape yang aku rase skrg ni adlh aku da x kuat nak hadapi stress dgn kerjaya aku skrg....
aku kerja skrg ni pun sbb aku:
1. bosan kat umah
2. kesian ngan hubby aku kalo aku x keje nanti aku bising bosan kat umah....
3. nak settle sume bayaran cc
yup, aku tahu aku kerja skrg ni sbb aku taknak aku stress & kebosanan duduk rumah and dlm masa yg sama aku nak bayar cc aku yg masih berbaki....
yela, aku keje bank so mmg aku x terkecuali untuk amik cc. insyaAllah aku da plan hidup aku untuk bayar sume dalam masa 4bulan insyaAllah settle lah semuanya....insyaAllah....
walaupun agak tertekan dgn kerja ni ....
working environment, staff & team leader
tp
aku akan cube bertahan....
sebab misi aku adalah aku nak settle hutang aku....
aku tak boleh malas atau mengikut perasaan...
perlu ada rasa SYUKUR pada Allah swt kerana masih beri rezeki untuk aku menikmati dunia ini dan berkongsi rezeki ini dengan keluarga ku...insyaAllah...
dalam kekecewaan pasti ada kebahagian yang harus di nikmati..
so Ayunie,
walau apa pun dugaan atau cabaran yang dilalui perlulah di fikirkan secara positif ok...
aku akan cuba fikir secara positif & akan hidup dengan lebih berkeyakinan...
kena banyak bersyukur masih ada rezeki kerjaya yang dianugerah oleh Allah...
masih ramai diluar sana yang masih tiada pekerjaan...
syukur2...bukan senang nak dapat kerjaya dengan gaji yang diinginkan sekarang niiii...
Alhamdulillah
namun hakikatnya aku x akan terlepas dengan lumrah hidup sebagai wanita...
yang bukan dilahirkan untuk bekerja menyara keluarga, Betul???
so sekarang aku mesti kena ada plan dan niat yang betul dalam setiap langkahan ku.....
kat sini aku nak share sikit pembacaan aku dlm satu blog ni,,,
ia sbg ingatan untuk aku untuk tidak terus lalai dan leka dengan keindahan dunia....
impian aku tetap sama....aku tak mahu terus hidup di kota kuala lumpur yang penuh sesak dan kehidupan yang melalaikan dengan hiburan dsbginya,,,,
jujur, ini bukan kehidupan yang aku ingin dan idamkan..aku dah puas dengan sume ini..
aku mahu hidup yang lebih tenang untuk beribadat pada Allah,,sebuah keluarga yang sederhana, yang sentiasa ingat pada penciptaNya....
moga Allah perkenankan doaku serta permudahkan urusanku....
so ini yang aku nak share sikit sebagai wanita yang bekerja tetapi sentiasa mengidamkan kehidupan sebagai suri rumah :-)
Al-Marhum
Said Hawwa telah mengulas berhubung dengan hal ini di dalam kitabnya
al-Islam. Beliau menegaskan bahawa Uqubat Fithriyyah (balasan / hukuman
fitrah) daripada wanita meninggalkan peranan mereka di rumah dan keluar
bekerja, meliputi:
1.
Kecelaruan hubungan di antara lelaki dan perempuan serta hilangnya
ketenangan dan kesejahteraan. Anak-anak tidak dapat mengecapi penjagaan
oleh ibu bapanya dengan sempurna.
2. Perempuan hilang rasa kebergantungan kepada suaminya dan ia menjadi ancaman yang besar kepada hubungan perkahwinan mereka.
3.
Wanita itu telah menolak tanggungjawab nafkah orang lain ke atas
dirinya. Akibatnya, selepas mencapai usia tua dan uzur, wanita itu masih
perlu bekerja seperti lelaki walaupun fizikalnya sudah tidak
mengizinkan.
4.
Wanita kehilangan sifat-sifat kewanitaan yang dikhususkan kepadanya.
Natijahnya, wanita itu sudah tidak lagi sesuai untuk memikul
tanggungjawab asasinya seperti mengandung anak.
5. Keretakan hubungan kekeluargaan berkembang menjadi krisis di dalam masyarakat.
6. Ibu bapa yang baik tidak dapat mewariskan sifat-sifat mereka yang baik kepada anak-anak bahkan hubungan kasih sayang juga terjejas.
Kerana itulah Allah menyebut di dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud,
“Dan
tetapkanlah kedudukan kamu (wanita) di rumah dan janganlah sekali-kali
kamu bertabarruj dengan tabarruj jahiliah yang pertama”.
Tepuk dada, tanya iman lalu, jadikan ia panduan.
aku suka ayat ni....minta izin copy paste ye...
inilah benda yang sering aku berlegar2 dlm minda ku saat ini ...
Sifat
wanita yang dijadikan Allah penuh dengan kekuatan dalaman yang boleh
dicernakan dengan mendekatkan diri kepada-Nya, dengan penuh ketakwaan
dan memohon kekuatan dari-Nya dalam menghadapi segala cabaran dan
halangan terutama dalam era globalisasi ini. Walaupun zaman berlalu,
peranan wanita seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Aishah, Nusaibah,
Khaulah dan ramai lagi Ummul Mukminin dan Sahabiah perlu diteliti kisah
hidupnya untuk mencungkil kekuatan yang boleh dicontohi sebagai bekalan
dalam menghadapi dunia yang terlalu mencabar peranan Muslimah hari ini.
Semoga bermanfaat...sekian terima kasih , insyaAllah :-)