Pages

Friday, 16 September 2011

Dugaan Pertunangan / Mendirikan rumah tangga

Assalamualaikum wbt,

Untuk entry kali ini saya nak share ttg dugaan2...huhuu....semalam baru aje sy cam merajuk2 anak kucing yg ingin dipujuk....alahaii...apelah saya ni kan,,,kesian kat bakal tunang saya tu....Nasib la dia bersabar dan harap terus bersabar dengan aku....dan semoga aku dan dia lebih matang menghadapi segala ujian...
Setelah di pujuk and hati ku dah lega, aku mula lah membelek2 blog2 kawan2 ttg dugaan2 nak mendirikan rumah tangga...sebab org nak mendirikan rumah tangga ni besar...Almaklumlah, Syaitan akan berusaha menghancurkan cucu cicik adam yang nak mendirikan masjid...

so ape kata kali ini aku share ttg beberapa dugaan2 tersebut agar aku dan si dia berwaspada serta lebih matang dan sabar  menghadapi sesuatu perkara....

1. Bergaduh Antara Tunang
Berlaku perselihan faham dan perselihan pendapat hinggakan berlaku pergaduhan. Adakalanya pergaduhan itu disebabkan perkara yang terlalu kecil dan adakalanya melibatkan kisah-kisah lama.

2. Kemalangan
Kemalangan yang disebakan kecuaian sendiri atau orang lain juga sering kali berlaku. Sepupu saya sendiri mengalami kemalangan motosikal 2 minggu sebelum perkahwinan. Sebab itulah orang tua-tua berkata, orang hendak mendirikan rumahtangga ini berdarah manis. Nauzubillah..mintak2 dijauhkan perkara sebegini....

3. Kekurangan Kewangan
Ada juga yang terpaksa meminjam wang dari ibu bapa , bank dan ada yang terpaksa menjual kenderaan sendiri kerana kesempitan menjelang perkahwinan. Namun, apa yang peliknya, selepas selesai majlis, rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah

4. Vendor Majlis Perkahwinan
Sedangkan vendor untuk catering, fotografi, dewan, juru makeup dan pakaian sepatutnya memudahkan persiapan, kadang-kala mereka ini yang membuatkan kepala kita hendak pecah. Ada yang cancel last minute, ada yang melarikan diri, baju salah buat, dewan bertembung tarikh dengan orang lain dan ada yang menipu pakej. Sabar. Ini dugaan.

5. Parent Ubah Fikiran
Sama ada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan berubah fikiran, tentu kegelisahan teramat sangat dpt dirasai. Lebih-lebih lagi apabila wali tidak membenarkan pernikahan. Ada juga yang berubah fikiran seperti tempat majlis, jumlah hantaran, baju dan konsep majlis.

6. Masuk campur orang lain
Isu ini kadang-kala menjadi kelakar, apabila orang lain yang nak kahwin orang lain pula yang sibuk-sibuk, macam dia pula yang nak kahwin. Selalu terjadi kepada anak pertama yang akan berkahwin, kaum ibu selalunya beria-ia sehinggakan semua keputusan dia yang buat. Terpulang pada bakal pengantin, ada yang beranggapan ini satu kemudahan dan ada pula beranggapan menyusahkan.

Apapun dugaannya, tentu hikmahnya ada. Sedar tak sedar, selepas sehari atau seminggu atau sebulan, atau setahun atau mungkin selepas anak ke 10 baru sedar dan insaf akan hikmahnya.

Teruslah bersabar kerana setiap dugaan dan cabaran membuatkan kita lebih matang dan lebih berkeyakinan.

“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.” (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)

Melalui dugaan, maka bertambahkan keimanan kita apabila kita laluinya dengan penuh kesabaran. Apabila kita sudahi dugaan dengan berjayanya, maka kita merasa lega dan tenang. 
Dugaan juga membuatkan kita matang dan lebih mengenali antara pasangan kita.

Semoga saya dapat menghadapi segala dugaan...InsyaAllah...

<3 LuveAyunie <3

No comments:

Post a Comment