Waaaa….sedey nyerrr rase…harini nk cite ttg saat pulang keje….huhu…hari2 pn kene ujan, skrg mmg musim ujan petang, tgh hari kat KL mmg sgt panas, n petang ujan sgt lebat..
Saat perjalanan balik aku mmg asyik istighfar….aku takut aku fikir bukan, aku mahu jadi insan yg baik, insan yg ikhlas membantu…Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana mempunyai anggota badan yg lengkap, aku dapat berjalan setiap hari ke LRT dan ke tempat kerja ku..Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana Kau telah memberikan aku sumber rezeki ini..Ya Allah,,,ampuni aku jika aku memikirkan lain2 perkara hingga membuatkan aku jadi insan yang sangat teruk di sisi Mu…… Mungkin terlalu byk kesilapan yg telah aku lakukan...tapi dah berjanji pada diri aku...aku nk baiki diri aku, jd insan yg baik dan lebih baik sebelum aku mendirikan rumah tangga, aku perlu ikhlas, bersyukur serta bijak mengawal emosi....
Kita harus bersyukur, kadang2 ada macam2 kesusahan, kita rasa kite susah, tp orang lain lg susah, mgkin kita terpaksa berjalan pergi dan balik dari kerja, x macam org lain yg mudah ade kereta, boleh terus pandu kereta and pulang dari keja…cuba fikir ada yg lagi susah, kne nek trun bas, or naik teksi or berhimpit dalam komuter….sabarlah ayunie…sikit aje dugaan ini….Aku kene kuat and terus bersabar....
Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)
Ya Allah, aku perlu sabar..........
Dalam hujan aku berjalan, n x semena2 air mata mengalir, ku lihat telefon…masih tiada sebarang panggilan atau pn sms,, aku terus +ve……x mahu fikir lain2….aku pn terus naik LRT, ujan masih rintik2 di luar sana, LRT-Star terus laju meninggalkan Stesen Masjid Jamek…..Waktu2 genting time semua orang berpusu2 pulang kerja mmg x kan dapat la tmpat duduk, berdiri je la….Hari ni tempat tu sakit lagi….masih sakit, mungkin ini cabaran and dugaan aku….aku perlu sabar dgn semua ini, aku redho, aku perlu kuat, aku kena kuat, aku x leh MC lg,,,,ape yg doctor ni dah buat, die cucuk aku til kebas n sakit aku x hilang smpai hari ni.,,aku g ari sabtu (29 oct 2011) n til today (31oct 2011) aku masih terasa denyutan kesakitan nyer…..aku da makan ubat, da jage pemakanan, Ya Allah, tlg hindarkan diri ku dari sebarang penyakit…
After 15 minit aku pn sampai Stesen Pandan Jaya….entahlah, mata aku melilau cari dia,,,kot2 die ade tgu aku kat stesen,,,,,,huhuu…x de….xpelaaa….aku pn x suruh dia ambil, mungkin die penat, n hujan2 camni kecian plak aku nk suh die trun n amik aku~~ alagipun aku tw die x bape sihat, batuk2...kesian die, kalo boleh aku x nk susahkan die, dlu2 aku ske gak suruh die amik aku,,tp skrg, aku nk cuba belajar,,aku x nk lagi suka suki mintak tlg die,,biar die ikhlas dr hati n naluri utk amik aku kat LRT...hihiii....aku pn jalan terus ke kawasan rumah aku, langkahan aku makin slow wpun ujan masih rintik2,,,aku x leh laju lagi, x leh nk speed cam dlu, sbb aku sakit…
Air mata rase nk menitis, tp aku tahan..n tiba la saat jalan short cut yg penuh berliku……jalan yang basah n berair, adui …mmg aku x suke kotor, aku jalan dgn macam2 pikir kat dlm otak n suddenly, kaki aku tersepak batu….dui, sakit nyer,, Im sick n more sick!!huhuu…jalan makin slow, what to do? Hidup msti d teruskan,,,,aku terserempak dgn sorang kakak ni, sgt cantek, she bring her baby..ikut jalan tu,, waaa….ciannyer, die pakai payung la kan protect her baby…tetibe aku terfikir, die kakak yg keje kat kedai makan dkt dgn LRT tu, aku penah gak makan kat kedai die, kasihan die n baby tu……demi mencari rezeki kene gak bawak baby g kje….so sad, nape aku perlu sedih dgn dugaan sekecil ini…ayuni come on, if u feel sick, masih ada org yg d beri dugaan sakit yg lebih hebat…..bersabar laa….
Say Alhamdulillah….aku istighfar lagi…mungkin segala pemikiran yg macam2 d fikirkan itu hya hasutan…..sungguh aku kejam pada diri ku sendiri jika aku bawa diri aku dalam kesedihan….aku senyum n istighfar, aku mahu jadi baik, jadi insan yang bijak bersyukur, yg sentiasa bersyukur, yg sentiasa mengingati TuhanNya….Allah SWT.....
Walaupun langkahan yg perlahan, tapi Allah masih beri aku bernafas di dunia ini, masih bagi aku peluang untuk berjalan di muka bumi ini, masih beri aku rezeki dan pekerjaan, masih beri aku kekuatan dalam kehidupan, masih beri aku kasih sayang family dan rakan2…..aku bersyukur…….
Nak di jadikan cerita, aku da smpai kat kawasan Blok aku….n mmg ni tempat parking…aku pn terus jalan n suddenly ade 1 kete waja kelabu terus belok n bawak laju gila..macam mmg nak langgar aku,,,,aku da la sakit n jalan pelan, aku terkaku kat tengah2 tu n terbenti…huhuuuu…n he STOP in front of me,, aku terus jalan kedepan n pandang kete tu………….mmg kalo die jerit kat aku mmg aku akan jerit kat die balik, sbb bukan salah aku, die yg bawak laju kat kawasan tu, kawasan yg mmg budak2 berlari2, main2 badminton, ko boleh bawak laju…???aku da la penat ni….nasib die diam ajeee….BUT if die x tekan break, mmg aku da terpelanting kot, coz im shock!!!!! Nauzubillah!!!
Alhamdulillah once again coz Allah give me a chance to share something with all of u,
Bersyukur lah dengan segala limpah kurniaanNya…
Barangsiapa yang diilhamkan tiga perkara, maka dia akan mendapat tiga perkara:
- orang yang diilhamkan untuk berdoa, ianya akan dikabulkan
- orang yang ditunjukkan untuk istighfar, dia akan diampunkan
- orang yang dianugerahi petunjuk untuk bersyukur, dia akan memperolehi tambahan rezeki.
Sabar dan Syukur
Barangsiapa dalam urusan keduniaan memandang kepada orang-orang yang lebih rendah, dan dalam urusan agama memandang kepada yang lebih tinggi, maka dia tergolong bersama orang-orang yang sabar dan bersyukur.
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).
(Al -Ahqaf [46] : 15)
Sekian, Jangan Lupa Solat.....
Bye
Bye
No comments:
Post a Comment