Assalamualaikum wbt....
Dimulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim....
Syukur alhamdulillah, harini dpt lg kite bersujud pada yang Maha Esa....ambillah kesempatan yang ada ini untuk bersujud pdNya.......mari lah kita sama2 panjatkan rasa syukur pada Allah swt dengan nikmat dan kurniaanNya memberikan kita rezeki sehingga kita dapat hidup dengan aman, perut yang kenyang, badan yang sihat, keluarga yang baik, masyarakat yang harmoni dan bermacam2 nikmat lagi.....AllahuAkhbar!
Hari ini saya hendak menulis berkaitan hal suami isteri di dalam rumah tangga...Hal ini kerana, saya amat tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berkaitannya agar rumah tangga saya dan org2 diluar sana mendapat kebahagian serta keberkatan di dunia dan di akhirat. Oleh itu ada sedikit research yang saya lakukan melalui pembacaan buku, blog rakan2, pemerhatian dan pengalaman. Walaupun pengalaman saya dlm berumah tangga masih kurang (bkn setahun jagung pun lagi....masih x smpai setahun) namun saya risau dgn keadaannya mengenangkan ombak gelora rumah tangga ini begitu dasyat sekali yang saya kira amat perlukan ilmu agama dlm melayari bahtera ini...In sha Allah, semoga research ini dpt memberikan saya ilmu yang amat berguna utk saya jadikan manfaat dan teladan utk masa ini dan masa hadapan khususnya.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, saya diberikan jodoh oleh Allah swt dengan suami sy.. Beliau seorang yang sangat baik, makanan yg saya masak sering dipuji dan dihabiskan, sering membuat hati saya gembira dan ketawa, seorang yang bijak mengambil hati orang tua, seorang yang rajin bekerja, rajin juga membantu mengemas rumah dan di dapur......................syukur Alhamdulillah.....
cuma kami masih belum dikurniakan cahaya mata oleh Allah swt... sy redha dgn ujian Allah ini walaupun sudah 8bln lamanya kami berumahtangga.....apa penting buat saya adlh saya perlu bersangka baik pada Allah, in sha Allah ada rezeki kami mendapat zuriat suatu hari nanti dari Allah swt....ada juga tips2 dan panduan islam yang saya laksanakan tp in sha Allah akan sy kongsikan tips nya di ruangan yang lain.....
so: cerita kali ini adlh: Jika ade salah faham yg comel2 (kecik2) mcm penat/kurang ceria..so cmne nk handle?ape yg spttnya kite lakukan??
alaaa..bak kata pepatah
"masakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri"
sememangnya hidup berumah tangga ini mmg byk dugaan, kadangkala kita happy, kadang2 kita sedih, terasa, terguris....itu semua adat resam berumahtangga...ia bukan 1 hal yang besar, namun kesannya sgt mendalam sehingga membuatkan hati kita ini sgt tersentuh dan bersedih....Kita sudah mencuba untuk menanam sifat2 yang baik dlm berumah tangga seperti solat berjemaah, makan bersama, berkomunikasi dan luangkan masa bersama seperti menonton tv, beriadah dll. Namun, ada juga hal2 yang kecil ini membuatkan hati kita terluka dan merasakan rumah tangga kita bergoyang...
Kenalpasti peranan dan tanggungjawab suami dan isteri
1. Tanggungjawab suami:
- Memberi sara hidup kpd isteri spt makanan dan tempat tinggal
- Memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri dgn baik
- Menyara anak2
- melindungi isteri dan anak2 dr aspek keselamatan dan kesihatan
- Melindungi maruah keluarga
- Membimbing isteri dgn ajaran islam
- Bertanggungjawab mendidik akhlak anak
- Menjadi penasihat dlm menyelesaikan mslh rumah tangga
2. Tanggungjawab Isteri
- Menjaga kehormatan diri
- Patuh arahan suami
- Menumpukan sepenuh kasih sayang kpd suami dan anak2
- Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan suami dan anak2
- Menjaga amanah dan harta suami
- Menyimpan rahsia pergaulan suami isteri
- Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali darurat)
- Berhias diri hanya utk tatapan suami sahaja.
setelah mengenalpasti peranan dan tanggungjawab suami dan isteri kita juga perlu ada ilmu bagi menguruskan rumah tangga yang cemerlang dan bahagia..
...
Meskipun seorang suami mempunyai hak kepimpinan terhadap isterinya sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Taala. ”Kaum
laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah
melebihkan atas sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain
(wanita) dan kerana mereka (laki-laki) menafkahkan sebahagian harta
mereka...” [TMQ an-Nisa’(4):34 ].
Dalam ayat ini menunjukkan bahawa peranan suami sbg pemimpin terhadap isteri di dalam rumah tangga bukan beerti menjadikan dirinya bleh bertindak sesuka hati seperti pemimpin yang langsung tidak boleh melanggar segala perintahnya. Kepimpinan suami didalam rumah hanya berlaku dlm pengurusan dan pengelolaan rumah tangga sahaja, bukan hal pemerintahan dan kekuasaan didalam rumah tangga. Oleh itu seorang isteri berhak menjawab ucapan suaminya, memberikan pendapat, berbincang dan berbahas apa sahaja yang dikatakanya. Hal ini kerana pada dasarnya dua orang ini adalah dua sahabat dan bukannya pemerintah dan diperintah.
Saya pernah mendengar cerita dari seorang ustaz, jika tidak salah ustaz don yang menceritakan ttg seorang lelaki yang asyik kena bebel dgn isterinya. (saya ringkaskan cerita ini ye...cerita lanjut boleh baca di blog ini). Lelaki tersebut asyik kena bebel dgn isterinya dan mereka sering berbalah. Disebabkan dia tidak tahan dengan isterinya yg kuat membebel lantas dia ingin menceritakan kpd Umar al khattab r.a. ttg mslhnya. Sesampai sahaja di rumah Saidina Umar, lelaki tersebut terdengar suara isteri umar juga sdg membebel namun tidak pula kedengaran suara Saidina Umar menjawab bebelan tersebut. Sebaik sahaja lelaki tersebut hendak pulang kerana tidak jadi mengadu kpd umar yg juga mdpt nasib yg sama, tiba2 saidina umar ternampak dan menegurnya. Lelaki tersebut berkata aku mahu mengadu kpd mu ttg isteriku yg kuat mbebel, ttp aku tdgr isterimu juga membebel kpdmu jadi aku tidak jadi untuk mengadu kpdmu Umar.
Umar menjawab:
“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah
memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan
dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu
tidak lama
(nanti akan baik sendiri).”
Ustaz Don ckp: Wanita membebel pasti ada sebabnya, suami ada kelebihannya sendiri, isteri juga ada sesetengah hal rumah tangga yang dia lebih bijak menguruskannya.Contohnya spt mengemas, memasak, menguruskan pakaian dsginya, jadi biarlah isteri membebel. Biasanya membebelnya utk menasihati dan mendidik keluarga mjadi lebih baik.
saya: saya jarang membebel...really!!! kecuali orang usik dan meminta sy utk membuka mulut maka muncul pembahas negara...hihiiii...harap2 dpt dipendekkan perbahasan dan syarahan itu nti wpun jarang2 kedengaran...
begitu la serba sedikit ttg tips rumah tangga. yang penting kita perlu kenali pasangan kita, bila da kenali apa yang dia suka dan tak suka maka mudah lah nk menguruskan rumah tangga...
cth: saya x suka pergi tempat2 yang sesak...
Namun dlm pada itu, wanita itu kaum yang cepat tersentuh, beremosi dan kuat merajuk. oleh itu nasihati kami dengan baik dan lembut. jangan la berkasar dengan kami...
Hadis Rasullulah mengatakan,
“Nasihatilah perempuan dengan cara
yang baik! Perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk, sementara yang
paling bengkok itu bagian teratasnya. Jika engkau bersikeras
meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika engkau membiarkannya, ia akan
bengkok selamanya. Maka nasihatilah perempuan dengan cara yang baik!”
(HR Bukhari, Muslim, Ibnu Abi Syaibah, dan Baihaqi)
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pula kata:
Jika isteri merajuk kena cepat2 pujuk
tp jika suami merajuk tinggal2 kan,,,biar rajuknya surut dan bg masa utk berfikir
Semoga penulisan ini memberi tunjuk ajar kepadaku dan suami membentuk keluarga yang berbahagia...
Semoga perkongsian ini juga bermanfaat kepada saudara dan saudari yang membacanya. Walaupun hal nya hanya sekecil zarah, rajuk nya hanya sementara namun kita perlu tahu penyelesaiannya agar tiada pengulangan, tiada lagi hati terguris dan seterusnya dpt menjaga rumah tangga kita dgn terdidiknya budi perkerti yang baik berlandaskan agama islam...
in sha Allah....
"Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku"