assalamualaikum.......
kadang2 aku terfikir2, selari kah aku dgn tajuk blog ku ini..." be a happiest woman" ...aku nk jadi wanita yg bahagia tp aku tahu aku x mampu sume tu......itu hanya mimpi dan angan2 hidup aku.....realiti nya aku mmg x sama atr dalaman dan luaran skrg ni...
Ya Allah, dugaan bertimpa2 buat aku....tertekan nye hidup ni aku rase,...namun aku masih perlu teruskan kehidupan ini...
Ya Allah aku mahu senyum dan mahu gembira....itu sahaja ubat utk kite nmpak lebih muda kan...
Ya Allah berikan ku kekuatan, jika apa yg ku lakukan semua salah, berikan daku petunjuk ke jalan Mu, aku tak mahu hidup lg dlm keresahan dan kekecewaan.....berikan daku ketenangan Ya Allah.....
aku mahu bersihkan hatiku...aku pasti aku mampu lakukannya, aku akan bersihkan hatiku dr sifat2 kotor, aku x mahu lagi kisah ttg org yg susahkan hidup ku serta rosakkan fikiran ku..biarlah aku begini, biarlah aku gembiraaaa...biarlah!
pagi ni aku benar2 rasa aku lemah! aku nk nangis tp aku kene kuat.....sebab aku x akan tunjukkan kelukaan hatiku ini wpun sakit kepala aku nk fikir........
aku semakin risau dgn diriku....jadi aku pun "google" dan menaip Gaya hidup Rasullullah....
click *** click *** and click....aku terjumpa senopsis 1 buku yg bertajuk Diari Hidup Rasulullah S.A.W.
aku share sikit kat sini apa yg aku da baca ye....
Tujuh sunnah utama Rasulullah SAW adalah:
1. Solat Tahajud
2. Menyelami dan memahami Alquran
3. Solat subuh berjemaah di masjid
4. Solat Duha
5. Bersedekah
6. Wuduk
7. Berzikir
Sungguh indah amalan Rasulullah dan lagi indah jika kite dapat amalkannya....
inshaAllah, InshaAllah aku akan amal dan praktikkan.....
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat
tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap
ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun
dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu
berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu
ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya
tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
marilah sama-sama kita jadikan solat malam (tahajud) sebagai amalan harian kite....jangan dilupa 7 amalan yg dilakukan oleh Rasulullah spt yg disenaraikan di atas...
itu saja utk hari ni...doakan sy hepi and tenang ok...thanks
No comments:
Post a Comment