Assalamualaikum wbt,
14 November 2012 ( 29 Zulhijah1434H)
Di post kali ini saya nak kongsi doa awal dan akhir tahun dgn kawan2...semoga mendapat keberkatan dlm hidup..inshaAllah....
doa ni saya share dari google (blog seseorang) dan saya harap empunya blog halalkan perkongsian baik ini...mohon share ye~ terima kasih.
DOA AKHIR TAHUN
Doa ini sebaiknya di baca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib (pd akhir bulan zulhijjah).
Manfaat: Dengan izin Allah SWT, sesiapa yg membanca doa ini akan mendapat Perlimdungan Allah SWT dari futnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu. InshaAllah.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan
aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk
menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan
dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah
aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau
redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka
aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha
Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima
taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai
Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas
ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas
mereka.
DOA AWAL TAHUN
Doa ini dibaca 3kali slps maghrib pada malam 1 Muharram (Maghrib malam ni kita baca ye!)
Manfaat:
barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'adiyah Maghrib pd malam 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya drpd fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang
qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang
melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami
memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri
yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang
mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi
dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas
mereka.
Semoga mendapat keberkatan dari perkongsian kali ini.
Doaku untuk tahun baru ini:
Semoga ibubapa ku/ibubapa mertua ku disihatkan badan, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan didunia dan diakhirat,
semoga ikatan suamiisteri kami sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dr fitnah dan tipu daya syaitan, agar kami lebih kuat dan diberkati oleh Allah dlm melayari bahtera sebagai suamiisteri, semoga kami dimurahkan lebih banyak rezeki dan diberikan cahaya mata yang sihat dan membahagiakan lagi keluarga kami. InshaAllah.
Semoga keluarga kami sentiasa sihat dan atas lindungan Mu Ya Allah..
Sekian, terima kasih
nota kaki: tahun 1433H, aku sering sakit perut dan selalu je kene "constipation" so aku berdoa agar thn yg baru ni penyakit aku dpt sembuh dgn sempurna.....ia nmpak simple tp kesakitan die hanya org yg alami shj yg faham perasaannya....moga penyakit ini dapat berkurang dan tak terjadi lg pdku...FOBIA...aku akan amalkan cara pemakanan yg terbaik inshaAllah..
No comments:
Post a Comment