Alhamdulillah selepas 2 tahun perkahwinan, kami akhirnya diberikan nikmat yang paling besar sebagai suami isteri iaitu berita ttg diriku hamil 8 minggu...Syukur Alhamdulillah...saat itu Ramadhan tahun kedua kami sebagai suami dan isteri. Tanpa ku duga tarikh 6 Ramadhan itu benar-benar memberi sinar bahagia dalam hidup aku dan suami...
Aku menyedarinya apabila aku tidak ada langsung selera untuk makan malah menelan apa2 makanan walaupun ketika saat berbuka puasa.. bayangkan saat yang ditunggu2 oleh seluruh umat islam yang berpuasa adalah saat ketika berbuka puasa. Dengan hidangan yang pelbagai jarang sekali ada manusia yang menolak apabila diberikan air yang berwarna warni, makanan pelbagai yang dihidangkan dalam juadah berbuka puasa..........Aku lapar saat itu namun aku langsung tidak dapat menelan makanan yang bermacam-macam itu...pelik juga waktu tu tp langsung x terfikir tentang simptom2 hamil dan sebagainya...
Masuk seminggu berpuasa dan masih berkeadaan yang sama sehinggakan berbuka dengan air dan hanya makan makanan sedikit serta bersahur yang ala kadar aku mulai risau dengan keadaan yang berlaku,,,husband aku pun sedikit curiga dengan perubahan aku yang langsung x makan apa-apa....dia paksa juga aku makan jika tidak die pun x nak makan.....macam2 soalan timbul sampai aku fikir 'adakah aku stress sgt kat tempat kerja?' adakah aku terlalu penat? .....
satu hari aku terpaksa berbuka seorang diri di rumah disebabkan encik hubby bekerja sehingga malam..Aku mula wassap suamiku bila aku hanya minum sahaja semasa berbuka puasa seterusnya aku terus terbaring di sofa..seakan penat dan letih sesangat....walhal aku bukanlah wanita yg terlalu lemah....kadang2 balik kerja pun dalam keadaan puasa aku masih boleh memasak lagi.....tp bukan kali ini....aku rasa berbaring adalah saat dan keadaan yang paling selesa saat itu........
Encik suami tibe-tibe membalas wassap ku dgn menyatakan.. 'sayang mengandung kot'
Serius aku tidak terfikir ttg itu apatah lagi berharap.....kerana dalam tempoh 2 tahun itu aku sudah banyak kali berharap dan akhirnya aku jatuh tertiarap ......dek kerana keputusan yg x seperti diharapkan....aku diam.....tidak membalas wassap suamiku....aku tak tahu samada aku takot pada diri aku sendiri atau aku risau suamiku yang mengharap berita itu..wallahualam....hanya insan yang benar2 pernah berada di situasi kami sahaja yang memahami perasaan 'tidak mengharap' itu...
Tutp cerita ttg berharap, mengharap dan tertiarap akhirnya dalam diam keesokan harinya selepas waktu kerja aku ke Sogo utk membeli buah2an segar sebagai juadan berbuka puasa,,,,terasa mahu makan buah epal yang ranggup from NZ tu...kemudian aku singgah farmasi dekat bawah Sogo tu lantas aku capai 2 set UPT yang berlainan company.....
Memang duit aku banyak jugak habis dengan membeli UPT test sejak dr awal perkahwinan lagi....mmg redhooo aje dengan ketentuan Ilahi....test ni bukannya murah...tp kena la beli jugakkan supaya termeterai apa yang difikirkan..tak mahu ragu.....
kali ni mmg aku lgsung x mengharap..sebab kali ni mmg aku x buat BBT, cek suhu badan mahu pun mengira tarikh cepat lambatnya dtg haid....kerana aku sudah pasrah!
Masa bangun sahur aku terus buat test UPT sebelum memulakan proses panas memanas lauk pauk bg hidangan sahur kami suami isteri......lepas buat aku terus ke dapur dan aku jenguk semula selepas 2 minit test berlalu...dan akhirnya aku lihat ...
ada 2 line namun 1 line lagi agak kabur.....aku gosok mata aku walaupun aku da basuh muka aku td sebelum memulakan persiapan sahur..........antara percaya dan tidak...........aku cepat2 terus gerak husband aku yang masih sedang tidur....
Aku minta die cepat2 masuk toilet..agak pelik kat situ bile aku paksa bangun dan follow die ke toilet sedangkan kebiasaannya aku akan gerak dan terus ke dapur semula untuk hidang2 atau bancuh akhir (selesaikan lgkah terakhir b4 bersahur bsama)..
Nasib suami aku alert ttg benda yg aku letak kat atas tangki toilet tu.... die keluar dan cakap ...ape ni syg??? 'Abg nampak 1 ke 2 line tu bang....." aku makin berdebar......
ermm....2 line..nape syg....ni camne nk tgok ni...aku pn tunjuk kotak!
'bang, kalo dua line maknanya syg pregnan..syg buat test masa bgn td......' aku dah ke depan and belakang..mmg sgt teruja mendapat result yg amat dinanti2 kan selama 2 tahun tu...
Keterujaan sampai lupa hidangan sahur...kihkih....
Sayang kite bakal jadi mommy and daddy la ye?? Esok kite g klinik wat test lagi ok...suami ku terus peluk and cium dahi aku....mmg saat yang hiba, terharu, sedih gembira, teruja dan penuh kasih sayang .... i love u hubby!
Esoknya aku ke klinik dan doktor terus scan perut aku without UPT test...dan Alhamdulillah.....dah nampak kantung bayi...namun doktor x boleh nak check EDD sebab masa tu kandungan masih terlalu kecil yakni 8 minggu...
Doktor bagi nasihat agar tidak terlalu aktif, berjalan tidak terlalu laju, jangan wat keje berat and lasak, elakkan minuman bergas, cuke, asam dan nanas serta banyakkan berehat...
Semuanya aku ikut sebab aku syg kandungan aku,...ia adalah doa aku pada Allah selama ini..
aku berjanji akan menjaganya dengan baik, ia anugerah Allah yang dipinjamkan pada aku...kegembiraan ku saat ini....aku menangis dalam sujudku tanda syukur....mmg aku benar2 teruja dan dalam tempoh 2-3 bulan tu aku masih dalam keadaan percaya dan tidak didalam perut ini ada nyawa yang Allah tiupkan dalam rahimku...Aku bersyukur pada Allah swt....
Next Entry aku akan kongsikan petua atau usaha yang aku laksanakan bagi mendapatkan zuriat,,
Sekarang usia kandunganku sudah mencecah 25 minggu....99 days to go....Doakan aku dan bayi dalam kandungan ku ini yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan kami, InsyaAllah :)
Semoga Allah juga mudahkan urusan kalian...aminnnnn...............
No comments:
Post a Comment