jom kongsi ilmu
Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai dipadang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah. Walau kitabrasa marah pun mesti kerana Allah. Jom audit emosi negatif kita ...adakah kerana Allah atau sebaliknya. Apatah lagi bagi anak anak yang marah pada ibu bapa, renung anak kita sendiri. Setiap apa kita buat pada ibu bapa akan dibalas. Kasihan anak kita jika mereka juga tidak berakhlak pada kita dan mendapat dosa. Ramai ibu bapa muda tertipu dgn anak comel yg diberi Allah tetapi mengecilkan hati ibu bapa dan 20 tahun kemudian menangis bila anak mereka mengecilkan hati mereka. Sama kita renungkan. Jaga niat kita sentiasa
- Prof. Dr. Muhaya
today nk share video ttg layan suami pada isteri mengikut cara Rasulullah SAW...
selamat beramal para suami seluruh duniaaa...
No comments:
Post a Comment