usia kandunganku sudah mencecah 32 minggu...sgt mengujakan bila kandungan kini dah mencecah 30 minggu ke atas..........jika dulu aku mmg menantikan usia kandungan saat 30 minggu ke atas....bukan ape...sebab dah x sabar nak berjumpa dengan kekasih hati yang Allah kurniakan pada kami.....sabar2.....32 minggu bermaksud dah nak capai 8 bulan.....
Apa yang aku rasa dalam minggu ini?
1. Aku mula berjalan lebih perlahan
2. Jantung berdegup makin pantas dan cepat penat
3. Posisi bersandar lebih selesa
4. Makin sukar nak tidur sebab susah bernafas, sakit belakang, baby makin aktif dan menendang dan sering lapar.
5. Lapar- tapi xboleh makan sgt. So kene makan sikit2 je sbb perut rasa penuh....
6. Mengantuk - maybe saat ini aku lebih selesa kalo dapat tidur aje...tp minggu ini dan seterusnya aku kene drive pegi keje sebab dah x larat naik lrt/public transport....haaa saat inilah cabaran itu bermula...sebab aku kene drive sendiri and mengantuk....untuk pengetahuan aku mmg dah tidur awal tapi disebabkan lapar and x selesa masa tidur, tidur aku masih terganggu....so terpaksalah aku berkorban tidurku...cewah!actually same je...time cuti pun aku bangun awal...sebab my baby dalam perut ni da start gerak2 and kick start kul 6-6.30am mcm tu......maybe latihan utk aku bangun pagi bile baby dah keluar nanti,.....hehee....bijak baby bagi mama training awal2 ye...nanti x la baby lapar kan sebab mama dah bangun awal pagi..hik2....
ini some info untuk usia kandungan 32 minggu.... :)
Minggu 32
Bayi Anda semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.
walau apa pun cabaran, InsyaAllah aku akan lalui nya dengan sabar dan penuh rasa kesyukuran..inilah doa aku selama ini yakni untuk merasai nikmat mengandung dan mempunyai anak sendiri seperti wanita2 yang lain....oleh itu aku perlu laluinya dengan sabar dan sentiasa positif......masa berlalu pantas.....aku dan suami dah x sabar nak menanti kehadiran insan kurniaan Ilahi ini dari hidup kami sekeluarga...InsyaAllah bayi/anakku ini akan kami jaga dengan sebaik mungkin dengan didikan agama dan kasih sayang yang sehabis baik...
Terima kasih Ya Allah atas pemberian ini..
Terima kasih suami, keluarga, rakan2 yang sentiasa mendoakan kami...
Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment